Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ji] | ڤوجي

Definisi : (pernyataan) penghargaan kpd kebaikan (kelebihan dll): segala ~ bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam; puja ~ bermacam puja dan puji; memuji 1. menyatakan penghargaan kpd sesuatu yg baik (indah dll): sumbangannya yg begitu besar terhadap masyarakat mesti disanjung dan dipuji; 2. memuliakan, me­nyanjung (nama Tuhan dll): ~ nama Tuhan; memuji-muji sangat memuji, berkali-kali memuji: baginda ~ kepandaian ahli nujum Belalang itu; memujikan menyatakan (menganjurkan) bahawa elok (utk dipakai dll): para guru dan pendidik ~ penggunaan buku itu; terpuji 1. (sudah) dipuji, (sudah) dikatakan kebaikannya; 2. sangat baik (mutu dll), termasyhur kebaikannya (mutunya dll): sifat-sifat yg ~; pujian pernyataan memuji, kata-kata utk memuji: sambil memandang guru memberikan ~, nasihat dan galakan kpd murid-muridnya; ubat ini sudah mendapat ~ drpd pemakai-pemakainya; doa (sembahyang) ~ Id doa bersama-sama pd petang hari utk memuliakan Tuhan (Roman Katolik); surat ~ surat yg mengandungi pernyataan memuji; puji-pujian 1. perkataan memuji-muji ke­baikan (kelebihan dll) sesuatu; 2. ayat-ayat pd permulaan surat dll yg berisi pujian kpd orang yg dikirimi surat itu; kepujian 1. yg dipuji, sangat terpuji: ~ dlm ilmu hisab dan sains; pangkat ~ pangkat yg sangat terpuji; 2. = pujian; mendapat (menerima) ~ mendapat (menerima) pujian; pemujian hal atau perbuatan memuji; pemuji orang yg memuji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ji] | ڤوجي

Definisi : penghargaan terhadap kebaikan (keunggulan, kesucian, kelebihan) sesuatu: Segala ~ bagi Allah yg telah menjadikan langit dan bumi. memuji 1 menyatakan penghargaan terhadap kebaikan sesuatu: Baginda telah ~ keberanian tentera kita menentang pengganas komunis. 2 memuliakan atau membesarkan: ~ Tuhan. terpuji 1 sudah dipuji. 2 sangat tinggi mutunya (kelulusannya dll); terbaik: Pasukan tsb telah memberikan perkhidmatan yg cemerlang dan ~. pujian kata-kata utk memuji; pernyataan memuji: Engkaulah Tuhan yg semestinya menerima segala ~ dan Tuhan bagi seru sekalian alam. puji-pujian perkataan utk memuji kebaikan (keunggulan) sesuatu; kata-kata yg berisi pujian: Sambil berjalan dlm perarakan itu, mereka mengucapkan ~ kpd Nabi Muhammad SAW. kepujian taraf atau kedudukan yg wajar menerima pujian (kebaikannya dll); yg dipuji: Dlm peperiksaan yg lalu, dia telah mendapat ~ dlm ilmu hisab dan ilmu alam. pemujian perbuatan atau hal memuji. pemuji 1 orang yg memuji. 2 (bersifat) suka memuji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puji
Kata Terbitan : memuji, memuji-muji, terpuji, pujian, puji-pujian, pemujian,

Puisi
 

Hendak diminum di dalam kendi,
     Kendi berada di dalam kaca;
Jangan dipujuk jangan dipuji,
     Di dalam puji saya terkena.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Harum semerbak mengandung mala.

Bermaksud :

Jasa yang dipuji-puji, tetapi jasa itu diperoleh dengan jalan yang curang. mala = air bangkai yang telah busuk.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paeanpaeanKesusasteraanTiadaLagu puji-pujian untuk menyatakan keseronokan dan meraikan kemenangan. Pada asalnya, paean ialah lagu kesyukuran khususnya untuk Dewa Apollo sempena meraikan kemenangan dalam peperangan. Seterusnya, kegunaan paean diperluaskan kepada dewa lain dan tokoh dalam tentera.
berzanjiberzanjiKesusasteraanPuisiPuisi yang berbentuk bebas sama ada dalam aspek rima akhir, jumlah perkataan dalam baris mahupun jumlah baris dalam sesuatu rangkap atau untai. Puisi yang tergolong dalam kategori berzanji ini merupakan sejenis zikir yang intinya mengandungi unsur-unsur keagamaan, adat istiadat dan puji-pujian kepada Allah s.w.t. Sebagai contoh dapat dilihat daripada petikan di bawah. Kumulakan karangan ini, dengan nama Tuhan Ilahi Kumohon limpahan berkat atas segala nikmat yang telah diberi Kuucapkan pujian kepada Allah sebenar-benar puji Kuiringkan pujian dengan kesyukuran yang amat tinggi.
nazamnazamKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang setiap rangkapnya terdiri daripada dua baris mengikut gaya timbangan syair Arab. Setiap baris itu mempunyai persamaan bunyi di hujungnya. Secara umumnya, puisi ini tidak begitu popular dalam kalangan alim ulama. Mereka mencipta nazam dengan melagukannya sebagai puji-pujian, khususnya terhadap Nabi Muhammad SAW. Contohnya, sebahagian daripada nazam �Pujio� atau Jawahir Sunniah oleh A.H. Edrus (Persuratan Melayu 2, 1960): Muhammad yang dibangkitkan akan dia, Dengan surah tauhid Tuhan yang sedia. Pada masa sangat umum syiriknya, Dengan sebab sangat banyak jahilnya. Maka menunjuklah ia akan kita, Dengan bujuk lagi nasihat yang nyata. Tunjuk pula hingga perang dengan pedang, Maka nyatalah agama putih terang. Mudah-mudahan membalas akan dia, Dengan baik bagi pihak yang mulia. Istilah nazam berasal daripada bahasa Arab nazm yang bermaksud �susunan�.
exordiumeksordiumKesusasteraanTiadaBahagian permulaan, pengenalan atau mukadimah dalam sesuatu teks. Eksordium merupakan bahagian yang penting dalam sesuatu teks kerana ia memberikan maklumat awal kepada pembaca tentang sejarah penulisan, tujuan, dan isi kandungan teks berkenaan. Bahagian eksordium diikuti dengan isi teks, dan diakhiri dengan bahagian kolofon. Biasanya, eksordium mengandungi keterangan atau maklumat tentang nama pengarang, asal-usul, tujuan, tempat serta tarikh teks ditulis. Terdapat juga eksordium yang mengandungi puji-pujian terhadap Tuhan atau sanjungan kepada tokoh tertentu. Eksordium terdapat dalam karangan prosa dan puisi. Contoh eksordium dalam kesusasteraan Melayu dapat dilihat dalam bahagian mukadimah teks seperti Taj al-Salatin dan Bustan al-Salatin. Lihat juga kolofon.

Kembali ke atas