Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.lau] | ڤولاو

Definisi : tanah atau daratan dikelilingi oleh air (di laut, di sungai, dll); belayar di ~ kapuk Id, bp tidur; ~ sudah lenyap, daratan sudah tenggelam gagal sama sekali; ~ harapan (perca) Id Pulau Sumatera; ~ karang (Geog) pulau yg terjadi drpd batu karang (jauh dr daratan), terumbu; belayar menentang (mengadang, menuju) ~ prb sesuatu pekerjaan itu harus ada tujuannya; spt batu di ~ prb amat banyak; berpulau, berpulau-pulau 1. bertompok­-tompok (orang, kampung, dll); 2. mempu­nyai pulau (lautan dll); pulau-memulau saling memulaukan: kejadian ~ juga berlaku dlm masyarakat itu; memulaukan 1. memisahkan drpd yg lain, mengasingkan, menyisihkan seseorang atau menyisihkan diri daripadanya (sehingga tidak ada perhubungan antaranya dgn orang lain): mereka yg melanggar pantang larang kadangkala dipulaukan oleh keluarga sendiri; orang itu telah dipulaukan drpd masyarakat setempat; 2. enggan menyertai atau berurusan dgn sesuatu, memboikot: hanya Parti Buruh sahaja yg ~ pilihan raya kali ini; terpulau dipulaukan, disingkirkan; kepulauan sekumpulan pulau, gugusan beberapa buah pulau: ~ Melayu; ~ Riau; pemulauan perbuatan memulaukan, pem­boikotan, pengasingan: ~ terhadap barang-barang dr Afrika Selatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lau] | ڤولاو

Definisi : kawasan tanah yg dikelilingi air di laut atau di sungai: ~ Pinang; ~ Tioman. memulaukan 1 memisahkan dr yg lain; mengasingkan. 2 tidak mempedulikan; memboikot. kepulauan kumpulan beberapa buah pulau; gugusan pulau: ~ Melayu. pemulauan perbuatan atau hal memulaukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pulau

Puisi
 

Pulau Pisang Pulau Pauh,
     Sampai ketiga Pulau Kemudi;
Kami datang dari jauh,
     Kerana hendak membalas budi.


Lihat selanjutnya...(109)
Peribahasa

Pergi ke pulau batu digalas.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
conventional islandpulau konvensionalSains NuklearKejuruteraan ReaktorBahagian khusus loji kuasa nuklear yang merangkumi struktur, sistem dan komponen selain daripada pulau nuklear. Pulau konvensional menggunakan haba yang dihasilkan oleh reaktor nuklear untuk menjana tenaga elektrik.
desert island fictionfiksyen pulau tanpa penghuniKesusasteraanTiadaFiksyen yang menggunakan pulau yang terpencil sebagai latar tempat dan plot fiksyen tersebut. Dalam fiksyen atau cereka ini, pulau digunakan sebagai latar tempat, sesuai dengan kedudukannya yang terpencil dan jauh daripada dunia realiti. Fiksyen ini mengisahkan seorang watak utama yang tersadai di sebuah pulau yang terpencil. Watak tersebut menempuh pelbagai kesusahan dan rintangan yang mengajarnya untuk mengenal diri. Dari segi sejarah, genre sastera ini lahir dan diperkenalkan oleh Defoe melalui karya Robinson Crusoe pada tahun 1719. Kemudian genre ini menjadi sesuatu yang universal dengan bentuk penceritaan atau plot yang hampir sama. Pada tahun yang sama, Defoe menerbitkan sambungan karyanya yang pertama berjudul The Further Adventure of Robinson Crusoe. Karya ini diadaptasikan dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti Perancis dan Jerman, contohnya The Swiss Family Robinson (1814). Karya ini jug diadaptasikan ke dalam karya kanak-kanak seperti The Young Islanders (1841) karya J. Taylor. Dalam proses mengadaptasikan Robinson Crusoe, mempunyai beberapa persamaan dengan karya berjudul Hayy ibn Yaqzan oleh Ibn Tufayl, sasterawan Arab Andalus dari sudut latar tempat pulau dan tema pencarian diri. Dalam sesetengah karya, pulau dianggap tempat yang bersih, manakala dalam karya lain, pulau dianggap sudah tercemar.
island tourismpelancongan pulauPelanconganTiadaPercutian ke pulau dengan melakukan aktiviti seperti snorkel, menyelam dan berjemur.
single electron transistor (SET)transistor elektron tunggal (SET)FizikNanoteknologiKeadaan transistor yang dimensinya dalam julat nanometer menyebabkan transistor ini peka terhadap pengangkutan elektron tunggal. Transistor ini terdiri daripada dua elektrod sumber dan salir yang terpisah oleh satu pulau yang bertindak sebagai terowong. Pulau ini biasanya diperbuat daripada bintik kuantum atau nanotiub karbon. Aras tenaga elektron dalam pulau dapat ditala menggunakan elektrod ketiga, iaitu lawang. Sekiranya lawang dibekalkan dengan voltan positif, aras tenaga bintik kuantum akan turun. Hanya satu elektron tunggal daripada sumber dapat menerowong ke dalam pulau tersebut untuk mengisi aras tenaganya yang kosong dan seterusnya elektron akan menerowong ke bahagian salir.
Volmer-Weber growth (VW)pertumbuhan Volmer-Weber (VW)FizikNanoteknologiSatu pertumbuhan filem tipis di atas substrat dengan cara beberapa lapisan permulaan tumbuh sebagai pulau yang berpusat pada tapak penukleusan. Pulau ini akan membesar sehingga menyentuh antara satu sama lain. Pertumbuhan Volmer-Weber berlaku apabila saling tindakan antara atom jerap lebih kuat berbanding saling tindakan atom jerap dengan permukaan substrat. Filem tipis yang dihasilkan melalui pertumbuhan Volmer-Weber adalah kasar. Pertumbuhan Volmer-Weber digunakan untuk memfabrikasi bintik kuantum. Sinonim pertumbuhan VW.
nuclear islandpulau nuklearSains NuklearKejuruteraan ReaktorBahagian khusus loji kuasa nuklear yang merangkumi struktur, sistem dan komponen yang terlibat dengan penjanaan stim dalam sistem penyejukan primer.
inter-island tourlawatan antara pulauPelanconganTiadaTiada
laypuisi dendangKesusasteraanPuisiPuisi yang diciptakan untuk dinyanyikan dengan tujuan menghiburkan khalayak. Antara contoh puisi yang dilagukan ialah puisi "Sepanjang Jalan" karya Zurinah Hassan. Sepanjang jalan ke Pulau Pinang laut mengimbau sayu ombak-ombak ini hatiku berhasrat tiada tepi pecah di pantai berbuih cuma . Sepanjang jalan ke Pulau Pinang hujan memberi Iagu angin menampar ke tiap ruang rasa berhiba-hiba awan pilu.
mythopoeiamythopoeiaKesusasteraanTiadaMitos ciptaan oleh pengarang dalam sastera moden. Contohnya mitos Pulau Ogonshoto dalam Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan.
Sky MirrorCermin LangitPelanconganTiadaSebuah kawasan tengah laut di Kuala Selangor yang menjadi pulau cermin buatan apabila air surut. Disebabkan terdapat air yang bertakung di atas pasir tersebut maka terjadinya pantulan langit yang dapat menghasilkan gambar seperti berdiri di atas cermin.
1234

Kembali ke atas