Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.lih] | ڤوليه

Definisi : kembali spt biasa (keadaan semula), sembuh atau baik semula (drpd sakit dll), menjadi baik (baharu lagi): kesihatannya ~ semula; keadaan sudah ~ spt sediakala; penghidupan telah ~ sedikit; perhubungan mereka ~ spt biasa; keberaniannya kembali ~ keberaniannya datang semula; pulang ~ pulih semula; memulihkan 1. mengembalikan kpd ke­adaan yg semula, membaikkan, menyembuh­kan: menawarkan khidmatnya utk menolong ~ keadaan; masa lapangnya digunakan utk menolong ~ akhlak budak-budak jahat; bagaimana kita ~ barang-barang yg rosak itu?; berusaha ~ lagi organisasi kaum buruh; 2. memberi kembali (kpd tuannya), memulang­kan, mengembalikan: ia ~ barang itu kpd tuannya; kepulihan keadaan pulih; pemulihan perbuatan memulihkan, pengem­balian kpd keadaan yg semula, pemulangan atau pengembalian (hak, harta benda, dll): rundingan ~ hubungan antara dua negara yg bersengketa; satu lagi cara ~ buku drpd rosak ialah dgn menggunakan plastik; sekiranya ini tidak dilakukan kerja-kerja ~ tanah perlu dilakukan; ~ harga pengembalian harga drpd paras yg lebih rendah (akibat berlakunya kemerosotan harga) kpd keadaan sebelumnya atau paras yg lebih tinggi; pemulih alat utk memulihkan: injap ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lih] | ڤوليه

Definisi : ; burung tua ~ sj burung, Malacopteron cinereum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lih] | ڤوليه

Definisi : kembali spt sediakala; sembuh atau baik semula (bkn penyakit): Kesihatannya ~ kembali. memulihkan mengembalikan kpd keadaan yg semula; membaikkan; menyembuhkan: Kamu perlu berehat utk ~ kesihatan kamu. pemulihan hal atau perbuatan memulihkan sesuatu: ~ perlembagaan telah dirangka dan akan dilaksanakan selepas peperangan tamat. pusat ~ pusat atau tempat utk memulihkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pulih (adjektif)
Bersinonim dengan sembuh, baik, sihat, betah, afiat;,
Kata Terbitan : memulihkan, pemulihan,

Puisi
 

Rusa batu disimpul pulih,
     Bunga sena dalam jerami;
Bagaimana tipu hendak boleh,
     Cuba guna dalam nyanyi.


Lihat selanjutnya...(20)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
temporary total disabilityhilang upaya menyeluruh sementarainsuransTiadaKeadaan yang pihak tercedera tidak boleh bekerja langsung semasa dia sedang beransur pulih daripada kecederaannya itu. Walau bagaimanapun ia dijangka akan pulih.
overhaulbaik pulihKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPerombakan sepenuhnya bahagian demi bahagian untuk dibersihkan dan diperiksa, kemudian dipasang semula dengan bahagian asal atau diganti bahagian yang telah rosak dan dilakukan pelarasan semula untuk membolehkan bahagian itu beroperasi semula.
road rehabilatationpembaik pulih jalanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
curative maintenancepenyenggaraan pulihPenilaian Harta TanahTiadaTiada
recycle scrap boxtakung sisa pulihKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBekas untuk mengisi cebisan logam yang masih boleh digunakan untuk membuat bahagian kecil badan kereta.
curable depreciationsusut nilai boleh pulihPenilaian Harta TanahTiadaTiada
hangarhangarKejuruteraan AutomotifTiadaTempat membaik pulih pesawat.
security recoverypemulihan keselamatanTeknologi MaklumatTiadaMekanisma untuk membaik pulih kegagalan sistem keselamatan.
bioremediationbiopemulihanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKaedah untuk membaik pulih persekitaran yang telah tercemar dengan menggunakan biota dan/atau mikrobiota melalui penyahtoksikan, penjerapan, pemerosotan atau biotransformasi. Contohnya, pemulihan alam sekitar yang menggunakan mikroorganisma untuk mengurangkan pencemaran tumpahan minyak atau baki pestisid di dalam tanah atau air.
self-healing structurestruktur swasembuhFizikNanoteknologiKeadaan struktur bahan yang dapat pulih kembali kepada bentuk asal pada bahagian dalam dan luar apabila mengalami kerosakan seperti retak atau kemik. Sifat demikian terjadi pada bahan swasembuh. Contohnya, bahan ingat bentuk sama ada logam atau polimer. Bahan seperti ini akan digunakan pada badan kenderaan.
123

Kembali ke atas