pulmonary embolism | embolisme pulmonari | Kejururawatan | Tiada | Trombus yang boleh menyekat sesuatu cabang arteri pulmonari, dan mengakibatkan vasokonstriksi pulmonari. Keadaan ini menyebabkan gangguan ventilasi dan perfusi yang mengakibatkan hipoksemia dan iskemia pulmonari dan akhirnya infarksi pulmonari. |
pulmonary circulation | edaran pulmonari | Kejururawatan | Tiada | Peredaran darah antara jantung dan paru-paru. Darah kurang oksigen mengalir melalui arteri pulmonari ke paru-paru dari ventrikel kanan. Darah yang kaya dengan oksigen kembali ke atrium kiri melalui vena pulmonari. |
pulmonary emphysema | emfisema pulmonari | Kejururawatan | Tiada | Keadaan alveoli paru-paru yang mengembung dan rosak, mengakibatkan pengurangan ruang untuk pertukaran karbon dioksida dan oksigen. |
pulmonary fibrosis | fibrosis pulmonari | Kejururawatan | Tiada | Penebalan tisu perantara paru-paru akibat pembentukan parut yang menyebabkan paru-paru hilang kekenyalan. Sering kali terjadi akibat inflamasi atau kecederaan. |
pulmonary oedema | edema pulmonari | Kejururawatan | Tiada | Pengumpulan cecair yang berlebihan di dalam ruang udara paru-paru yang dicirikan oleh gangguan pernafasan. |
pulmonary tuberculosis | tuberkulosis pulmonari | Kejururawatan | Tiada | Penyakit berjangkit pada paru-paru yang disebabkan oleh basilus mikobakterium. |
pulmonary ventilation | ventilasi pulmonari | Kejururawatan | Tiada | Aliran udara ke dalam alveoli paru-paru dan berlakunya pertukaran gas dengan aliran darah yang cekap. Ketidakseimbangan ventilasi atau perfusi akan menyebabkan sianosis dan anoksia. |
egresive pulmonic airstream | arus udara pulmonari egresif | Sains Kesihatan | Tiada | Arus udara yang dikeluarkan daripada paru-paru untuk menghasilkan bunyi. |
ingresive pulmonic airstream | arus udara pulmonari ingresif | Sains Kesihatan | Tiada | Arus udara yang disedut ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi. |
pulmonary function tests | ujian fungsi pulmonari | Kejururawatan | Tiada | Ujian yang dilakukan untuk menilai keupayaan paru-paru mengekalkan ventilasi dan pengoksigenan. |