Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.put] | ڤوڤوت

Definisi : Mn sj alat bunyi-bunyian yg ditiup (diperbuat drpd batang padi, daun kelapa, dll), wisel, semboyan: menghembus ~; kedengaran ~ kereta api; berpuput 1. bertiup, berhembus: hujan mulai teduh dan angin sejuk pun ~; angin laut ~ sepoi bahasa; 2. meniup puput; memuput meniup (puput), menghembus: air laut itu berolak-olak kecil apabila dipuput angin; puputan 1. tiupan; ~ angin; 2. hembusan: ~ bayu yg menyegarkan; 3. Br buluh dll utk menghembus angin (menyalakan api). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.put] | ڤوڤوت

Definisi : Jk sepotong besi utk mengumpil dll, linggis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.put] | ڤوڤوت

Definisi : sj ikan laut, belalak mata, Pellona spp.; ~ banang = ~ bandang sj ikan laut, Hemirhamphus far; ~ melaka sj ikan laut, Pellona spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.put] | ڤوڤوت

Definisi : sj alat bunyi-bunyian yg ditiup (dibuat drpd batang padi, daun kelapa dll). berpuput 1 bermain puput. 2 bertiup atau berhembus (bkn angin): Angin ~ sepoi-sepoi bahasa. memuput 1 meniup puput. 2 menghembus (bkn angin): dipuput angin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puput

Puisi
 

Puput manis jalan di luput,
     Uput menari di tiga tapak;
Hitam manis jangan direbut,
     Dia tak diberi ibu dan bapa.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
elongate ilishabeliak mataPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Clupeidae, spesies Ilisha elongata, iaitu badannya berwarna keperak-perakan dan langsing, bermata besar serta mempunyai bahagian rahang bawah yang muncung. Ikan ini hidup di kawasan pesisir pantai dan amat sesuai dijadikan umpan mati kerana warnanya yang berkilat berupaya menarik perhatian ikan pemangsa. Ikan ini boleh ditangkap menggunakan pukat tarik pantai atau pukat tunda. Nama lain bagi ikan ini ialah belalak dan puput bulan.

Kembali ke atas