Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.sa.ka] | ڤوساک

Definisi : 1. segala harta benda yg ditinggalkan oleh orang yg telah meninggal (utk diwarisi oleh keluarganya dll), warisan: ayahnya baru meninggal dunia dgn meninggalkannya ~ yg agak banyak juga; 2. sesuatu yg diwarisi turun-temurun; adat ~ adat yg turun-temurun; keris (tanah) ~ keris (tanah) yg diwarisi turun­-temurun; 3. = harta ~ Mn harta turun-temu­run drpd nenek moyang yg boleh digunakan oleh kaum keluarga sahaja dan tidak boleh dijual dll; ~ rendah pusaka yg diperoleh drpd orang perseorangan (barang-barang pemberian dll); ~ tinggi harta pusaka yg dimiliki oleh kaum (tanah dll); berpusaka beroleh (memiliki) pusaka; memusakai menerima (mewarisi) pusaka drpd: kepercayaan-kepercayaan ini telah dipusakai oleh orang Melayu drpd nenek moyang mereka; waris-warisnya ~ hartanya; memusakakan meninggalkan (memberi) pusaka kpd: dlm wasiatnya segala hartanya dipusakakan kpd isteri dan anaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.sa.ka] | ڤوساک

Definisi : 1 segala harta benda yg ditinggalkan oleh orang yg meninggal. 2 sesuatu yg dipunyai turun-temurun: keris ~ keris yg diwarisi turun-temurun. memusakai menerima (mewarisi) pusaka drpd: Dialah yg berhak ~ harta ayahnya. memusakakan memberikan (mewariskan) sbg pusaka: Dia telah ~ harta bendanya kpd isteri dan anak-anaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pusaka (kata nama)
Bersinonim dengan harta pusaka, warisan, peninggalan, tinggalan, wasiat;,
Kata Terbitan : memusakai, memusakakan,

Puisi
 

5Lancang kuning lancang pusaka,
     Lancang tidak boleh berganti;
Biar kering laut Melaka,
     Saya tidak mungkir janji.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Adat di atas tumbuh,
     pusaka di atas tempat.

Bermaksud :

Tiap-tiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
inherintace taxcukai warisanEkonomiTiadaCukai terhadap individu yang menerima harta pusaka. Kadar cukai warisan secara am adalah progresif dan kadar ini juga bertambah apabila pertalian antara waris-waris yang berhak dengan simati semakin jauh. Selalunya pengecualian yang munasabah kepada cukai ini juga diberi kerana alasan utama cukai ini digunakan ialah berdasarkan prinsip kemampuan membayar.
inheritance fraudpenipuan pewarisanKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang melibatkan penipuan berkaitan dengan pewarisan seperti hak terhadap harta pusaka, kewangan dan identiti waris.
matriarchymatriarkiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem sosial atau sesuatu organisasi yang berpegang kepada jalur keturunan dan pembahagian kuasa, penentuan keputusan, pewarisan pusaka dan pemilihan pemimpin yang berasaskan wanita. Wanita memiliki kuasa penentu dan mempunyai kelebihan dalam semua aspek. Lazimnya faktor keturunan memainkan peranan penting dalam sistem matriarki ini. Seorang pemimpin akan mewariskan kedudukannya kepada anak perempuan yang tua untuk menjadi ketua dan demikian seterusnya. Golongan lelaki dalam sistem ini akur kepada peraturan atau adat yang sudah diterima. Sistem kuasa ibu ini tidak lagi diamalkan sepenuhnya dalam dunia moden ini. Contohnya, sistem kekeluargaan dan perwarisan masyarakat Melayu Negeri Sembilan masih memiliki ciri-ciri matriarki. Sinonim sistem kuasa ibu.
territorial principalitywilayah rajaSains PolitikPolitik PerbandinganKawasan yang dikuasai oleh raja atau kerabat diraja. Wilayah seperti ini terdapat dalam masyarakat yang masih memiliki unsur feudal yang kuat dan meletakkan kedudukan raja berkuasa ke atas tanah yang ada dalam negara tersebut. Wilayah raja ini boleh berada berdekatan dengan istana atau terpencil jauh dari pusat pentadbiran serta terbiar. Orang ramai tidak dibenarkan memiliki tanah tersebut tetapi dibenarkan mengusahakannya dengan membayar cukai kepada raja atau menyewa tanah tersebut. Wilayah ini sering menimbulkan konflik di kalangan kerabat diraja akibat perebutan wilayah yang melibatkan tuntutan pusaka dan pengutipan cukai. Contohnya, wilayah raja masih terdapat di negara Indonesia, India dan Nigeria.

Kembali ke atas