inherintace tax | cukai warisan | Ekonomi | Tiada | Cukai terhadap individu yang menerima harta pusaka. Kadar cukai warisan secara am adalah progresif dan kadar ini juga bertambah apabila pertalian antara waris-waris yang berhak dengan simati semakin jauh. Selalunya pengecualian yang munasabah kepada cukai ini juga diberi kerana alasan utama cukai ini digunakan ialah berdasarkan prinsip kemampuan membayar. |
inheritance fraud | penipuan pewarisan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang melibatkan penipuan berkaitan dengan pewarisan seperti hak terhadap harta pusaka, kewangan dan identiti waris. |
matriarchy | matriarki | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem sosial atau sesuatu organisasi yang berpegang kepada jalur keturunan dan pembahagian kuasa, penentuan keputusan, pewarisan pusaka dan pemilihan pemimpin yang berasaskan wanita. Wanita memiliki kuasa penentu dan mempunyai kelebihan dalam semua aspek. Lazimnya faktor keturunan memainkan peranan penting dalam sistem matriarki ini. Seorang pemimpin akan mewariskan kedudukannya kepada anak perempuan yang tua untuk menjadi ketua dan demikian seterusnya. Golongan lelaki dalam sistem ini akur kepada peraturan atau adat yang sudah diterima. Sistem kuasa ibu ini tidak lagi diamalkan sepenuhnya dalam dunia moden ini. Contohnya, sistem kekeluargaan dan perwarisan masyarakat Melayu Negeri Sembilan masih memiliki ciri-ciri matriarki. Sinonim sistem kuasa ibu. |
territorial principality | wilayah raja | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kawasan yang dikuasai oleh raja atau kerabat diraja. Wilayah seperti ini terdapat dalam masyarakat yang masih memiliki unsur feudal yang kuat dan meletakkan kedudukan raja berkuasa ke atas tanah yang ada dalam negara tersebut. Wilayah raja ini boleh berada berdekatan dengan istana atau terpencil jauh dari pusat pentadbiran serta terbiar. Orang ramai tidak dibenarkan memiliki tanah tersebut tetapi dibenarkan mengusahakannya dengan membayar cukai kepada raja atau menyewa tanah tersebut. Wilayah ini sering menimbulkan konflik di kalangan kerabat diraja akibat perebutan wilayah yang melibatkan tuntutan pusaka dan pengutipan cukai. Contohnya, wilayah raja masih terdapat di negara Indonesia, India dan Nigeria. |