Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.si.ngan] | ڤوسيڠن

Definisi : 1. gerakan berpusing, edaran, kisaran, kitaran, putaran; piala ~ piala yg menjadi rebutan kejohanan (tiap-tiap tahun dll); ~ wang (Eko) gerakan berpusing wang dlm masyarakat; 2. (Geog) gerakan berpusing pd satu titik pusat: kelajuan ini sama dgn kederasan ~ bumi di atas paku alamnya; 3. bahagian permainan (pertandingan dll) yg tertentu waktunya, babak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.si.ngan] | ڤوسيڠن

Definisi : 1 gerakan berpusing; putaran: ~ kipas angin itu dpt dilajukan dan dpt pula diperlahankan. 2 bahagian tertentu dlm sesuatu permainan; babak: Muhammad Ali berjaya mengalahkan lawannya dlm 12 ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pusing
Kata Terbitan : berpusing, berpusing-pusing, memusingkan, pusingan, pemusingan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pool roundpusingan petanding; pusingan pasukanSukanTiadaSistem perlawanan yang menentukan kedudukan petanding atau pasukan yang akan bertanding mengikut pusingan yang telah ditetapkan.
qualifying roundpusingan kelayakanSukanLumba BasikalPusingan prapertandingan untuk menentukan pelumba yang layak bertanding seterusnya.
lap counterpengira pusinganSukanLumba BasikalPegawai yang membuat pengiraan pusingan dalam perlumbaan balapan atau litar.
circular flowaliran pusinganEkonomiTiadaPergerakan yang berterusan bagi barang dan perkhidmatan, perbelanjaan pengguna, faktor pengeluaran, dan pendapatan faktor antara unit-unit ekonomi seperti isi rumah dengan firma. Dalam pasaran barang, aliran pusingan melibatkan pergerakan berterusan bagi barang dan perkhidmatan yang ditukarkan dengan perbelanjaan pengguna yang dinyatakan dalam nilai wang. Dalam pasaran faktor, aliran pusingan melibatkan pergerakan berterusan bagi faktor pengeluaran yang ditukarkan dengan pendapatan faktor seperti sewa, upah, bunga, dan untung, yang dinyatakan dalam nilai wang.
revolving funddana pusinganEkonomiTiadaStok wang yang dikumpulkan khas untuk tujuan pinjaman perniagaan. Dana pusingan akan diisi semula oleh pembayaran semula pinjaman. Dengan itu, wang yang terkumpul boleh dipinjam lagi kepada orang lain atau kepada orang yang sama juga. Oleh itu dana yang ada sentiasa keluar masuk.
turning radiusjejari pusinganKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaJejari bulatan roda depan sebelah luar semasa membuat pusingan penuh.
lucky loserpekalah bertuahSukanTiadaPeserta yang telah tersingkir dalam pusingan awal sesuatu perlawanan tetapi berpeluang memasuki pusingan yang seterusnya bagi mengisi tempat disebabkan oleh peserta lain yang terpaksa menarik diri daripada perlawanan tersebut.
Olympic sprintpecut OlimpikSukanLumba BasikalPerlumbaan tiga (3) pusingan balapan oleh dua (2) pasukan,dengan tiga (3) pelumba bagi setiap pasukan. Setiap pelumba akan mendahului pasukannya sejauh satu (1) pusingan.
keirinkeirinSukanLumba BasikalPerlumbaan litar beramai-ramai mengekori sebuah motosikal dari mula hingga ke-2 pusingan terakhir,Pelumba akan bersaing ke garis penamat apabila motosikal keluar pada ke-2 pusingan terakhir.
second ballot systemsistem undi keduaSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pilihan raya yang diadakan sehingga dua pusingan bagi memastikan calon yang menang merupakan calon yang mendapat majoriti undi yang banyak. Dalam sistem ini, sekiranya seorang calon mendapat undi yang paling tinggi majoritinya akan diisytihar sebagai pemenang. Walau bagaimanapun, sekiranya tidak ada pemenang yang memperoleh majoriti yang ditetapkan maka dua calon tertinggi undinya akan bertanding dalam pusingan kedua. Calon yang mendapat undi yang tertinggi dalam pusingan ini akan dipilih sebagai pemenang. Contohnya, Indonesia merupakan salah sebuah negara mengamalkan sistem undi kedua. Dalam pilihan raya Presiden Indonesia 2004 menyaksikan persaingan antara Megawati Sukarnoputri dengan Susilo Bambang Yudhiyono yang telah dipilih untuk meneruskan pilihan raya dalam pusingan kedua dan akhirnya dimenangi oleh Susilo.
12345

Kembali ke atas