Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Olympic sprintpecut OlimpikSukanLumba BasikalPerlumbaan tiga (3) pusingan balapan oleh dua (2) pasukan,dengan tiga (3) pelumba bagi setiap pasukan. Setiap pelumba akan mendahului pasukannya sejauh satu (1) pusingan.
leakagebocoranEkonomiTiada1.����� Aliran keluar perbelanjaan daripada aliran pusingan pendapatan sesebuah ekonomi yang mengurangkan tingkat pendapatan negara. Misalnya, import mengurangkan perbelanjaan keluaran dalam negeri, manakala cukai dan tabungan mengurangkan perbelanjaan penggunaan. 2. Aliran keluar dana kewangan daripada sistem bank yang boleh mengurangkan perkembangan stok wang. Misalnya, apabila orang ramai lebih gemar memegang wang tunai daripada menyimpannya sebagai deposit bank.
Egeria sp.Egeria sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan tenggelam yang menyerupai Hydrilla sp. Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai daun bilah berbentuk lanseolat yang tersusun dalam pusingan 3 – 6 helai daun. Contoh Hydrilla sp. ialah Egeria densa dan Egeria najas. Daun Egeria densa mempunyai kelebaran sebanyak 0.3 – 0.4 cm, iaitu lebih lebar berbanding Egeria najas dengan kelebaran 0.1 – 0.2 cm. Egeria sp. boleh menyerap karbonat dalam air untuk proses fotosintesis. Egeria Sp. juga memerlukan cahaya dan nutrien yang tinggi. Lihat juga Hydrilla sp.

Kembali ke atas