antonomasia | antonomasia | Kesusasteraan | Puisi | Gaya unsur yang menggunakan gelaran rasmi atau dikenal umum sebagai pengganti nama diri. Contohnya, Bendahara Seri Maharaja merujuk kepada Tun Mutahir,dan Bapa Kemerdekaan merujuk kepada Tunku Abdul Rahman Putra. |
corporate image | citra korporat | Komunikasi | Korporat | Gambaran citra sesebuah organisasi atau syarikat. Gambaran ini wujud dalam dua keadaan. Pertama, citra yang diwujudkan dan dibina oleh organisasi atau syarikat itu sendiri. Kedua, citra yang dipersepsikan oleh khalayak luar organisasi atau syarikat berkenaan. Citra yang diwujudkan oleh organisasi terbentuk daripada falsafah dasar dan format operasi sesebuah organisasi berkenaan. Contohnya, Universiti Putra Malaysia mempunyai citra sebagai sebuah universiti pertanian, sementera Universiti Kebangsaan Malaysia pula mempunyai citra kebangsaan dan negara bangsa. Citra yang wujud daripada persepsi khalayak pula terbentuk hasil daripada prestasi yang ditonjolkan oleh organisasi itu sendiri. Contohnya, Universiti Putra Malaysia yang berusaha membentuk citra baharu melalui perubahan nama, namun persepsi khalayak masih melihatnya sebagai sebuah institusi yang berteraskan pertanian. Citra organisasi boleh dilambangkan melalui falsafah, visi dan misi, warna, simbol, slogan, atau reka bentuk bangunan. Pengamal komunikasi |
vernacular architecture | seni bina tempatan | Kesenian | Seni Bina | Seni bina yang terdapat khusus di sesuatu daerah, yang menonjolkan sifat-sifat asli daerah berkenaan. Di Malaysia terdapat beberapa bangunan yang berinspirasikan seni bina vernakular seperti Bangunan Tabung Haji, Bangunan Telekom Malaysia, Bangunan Bank Bumiputera, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Hotel Royal Chulan yang bersumberkan seni bina Melayu. |