المقتص | penuntut qisas (jenayah) | Agama Islam | Fiqh | Pihak yang menuntut hak qisas ke atas penjenayah. |
شهادة القصاص | kesaksian qisas | Agama Islam | Fiqh | Kesaksian untuk mensabitkan hukuman qisas (bunuh balas) ke atas seseorang yang telah melakukan pembunuhan. |
مستحق القصاص | penuntut qisas | Agama Islam | Fiqh | Orang yang berhak menuntut qisas. |
قواد القصاص | penuntut qisas | Agama Islam | Fiqh | lihat: مستحق القصاص |
حق الأدمى | hak manusia | Agama Islam | Fiqh | Suatu hak yang diberi kuasa oleh Allah kepada manusia untuk menentukan hukumannya (pilihan), contohnya pada hukuman qisas dan diat. |
paid-up relief | pelepasan berbayar | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad yang melepaskan hak yang dimiliki oleh satu pihak kepada pihak lain dengan pampasan. Pelepasan ini boleh dilakukan sama ada melalui keputusan mahkamah atau persetujuan kedua-dua pihak yang terlibat. Contohnya, tebus talak dan qisas. |
kafalah bil nafs | jaminan diri | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jaminan yang ditanggung oleh penjamin bagi memastikan pihak yang dijamin hadir ke mahkamah. Menurut mazhab Syafii, jaminan diri boleh dilakukan dalam semua urusan yang berkaitan dengan hak manusia, seperti kes yang melibatkan harta atau hukuman mengikut qisas dan qazaf. Kafalah bil nafs tidak boleh diaplikasi sekiranya berkaitan dengan hak Allah s.w.t. seperti ibadat dan hukum hudud. Sinonim daman bil nafs. |
contract of releases | akad pelepasan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad yang melepaskan hak yang dimiliki oleh satu pihak kepada pihak lain sama ada dengan pampasan atau tanpa pampasan. Sekiranya tanpa pampasan, pelepasan tersebut dikenali sebagai pelepasan mutlak tetapi sekiranya melibatkan pampasan, pelepasan tersebut dikenali sebagai pelepasan berbayar. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian hak yang tidak boleh dilepaskan seperti penerimaan nafkah isteri daripada suami. Contohnya, hak menuntut hutang, tebus talak dan qisas. |