radioactive contamination | kontaminasi radioaktif | Herba | Tiada | Pencemaran bahan isotop radioaktif seperti strontium-90, iodin-131, caesium-134, caesium-137 dan plutonium-239 yang terkandung dalam herba. Kontaminasi radioaktif boleh berlaku apabila herba terdedah kepada kemalangan nuklear, herba ditanam di kawasan tanah dan air yang tercemar dengan bahan radio isotop dan semasa herba disteril secara radiasi. Penentuan kandungan radioaktif berguna untuk memastikan kualiti dan keselamatan suatu bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan kontaminasi radioaktif dalam bahan herba boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Kontaminasi radioaktif dikesan dengan mengukur radiasi yang dipancarkan oleh bahan radio isotop menggunakan meter radiasi seperti alat pembilang Geiger. Secara umumnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kebanyakan farmakopeia menetapkan bahawa bahan herba mestilah bebas daripada kontaminasi radioaktif. |
disused sealed radioactive sources (DSRS) | punca radioaktif terkedap terpakai (DSRS) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Tiada | Sumber radioaktif yang tersimpan dan tidak lagi digunakan, serta tidak bertujuan untuk digunakan bagi amalan yang telah diberikan kebenaran. DSRS diuruskan sebagai sisa radioaktif. |
radioactive sources | punca radioaktif | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sumber yang memancarkan zarah atau sinaran radioaktif, seperti Iridium-192, Kobalt-60, Selenium-75 dan Caesium-137. |
radioactive decay | reputan radioaktif | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Perubahan suatu nuklid kepada nuklid yang lain dengan cara pancaran sinaran radioaktif atau zarah, penyerapan elektron orbit atau pembelahan. |
naturally occuring radioactive material (NORM) | bahan radioaktif semula jadi (NORM) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Tiada | Bahan yang terdapat dalam persekitaran yang mengandungi unsur radioaktif asal semula jadi. |
radioisotopes | radioisotop | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Isotop yang bersifat radioaktif dan digunakan sebagai sumber radioaktif di pelbagai industri. Radioisotop mengeluarkan zarah seperti alfa, beta, dan neutron atau sinar elektromagnet seperti sinar gama. |
sealed source | punca termateri | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Punca radioaktif berbentuk kapsul yang dibuat untuk mengelakkan pelepasan dan penyebaran bahan radioaktif ke alam sekitar. Punca termateri disimpan di dalam perisai seperti plumbum atau uranium tersusut untuk mengawal sinaran yang tidak diperlukan. |
radiation security | sekuriti sinaran | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Langkah yang dilaksanakan dengan objektif untuk menghalang kemasukan individu tanpa tauliah terhadap punca radioaktif. Antara langkah-langkah sekuriti sinaran termasuklah penggunaan kamera litar tertutup (CCTV), pagar, pengawal keselamatan dan ibu kunci. Sekuriti sinaran mampu mencegah kerosakan, kehilangan, kecurian, aktiviti pindah milik yang tidak sah dan punca radioaktif. Kegagalan dalam melaksanakan sekuriti sinaran boleh mengakibatkan insiden atau kejadian kemalangan yang tidak diingini seperti dedahan sinaran tidak terancang kepada orang awam. Langkah ini dilaksanakan pada seluruh kitar hayat penggunaan bahan radioaktif seperti penggunaan, penstoran, pengangkutan, nyahtauliah, dan pelupusan. |
radioactive pollutant | pencemar radioaktif | Geologi | Tiada | Tiada |
radioactive pollutant | pencemar radioaktif | Geografi | Tiada | Tiada |