Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.dio.lo.gi] | راديولوݢي

Definisi : cabang ilmu perubatan yg melibat­kan penggunaan unsur (tenaga) radioaktif dlm pemeriksaan dan perawatan sesuatu penyakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.dio.lo.gi] | راديولوݢي

Definisi : ist kajian yg berkaitan dgn ilmu perubatan yg melibatkan penggunaan sinar-X, sinar gama dll dlm pemeriksaan dan perawatan sesuatu penyakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata radiologi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
e-radiologye-radiologiTeknologi Maklumate-KesihatanPerkhidmatan radiologi yang disokong oleh penggunaan teknologi bagi membolehkan pengamal perubatan melihat, menganalisis, melapor, menyimpan dan mendapatkan semula maklumat radiologi pesakit secara elektronik atau digital. Perkhidmatan ini memudahkan pertukaran maklumat dan dapat mengurangkan kos perubatan.
radiology information system (RIS)sistem maklumat radiologi (RIS)Teknologi Maklumate-KesihatanSistem teras bagi pengurusan imej radiologi secara elektronik. Fungsi utama RIS termasuk pengurusan pesakit, temu janji, penjejakan imej, pengurusan bil dan penjanaan laporan. RIS melengkapi sistem maklumat hospital (HIS) dan sistem komunikasi dan pengarkiban gambar (PACS) untuk amalan kerja radiologi yang cekap.
teleradiologyteleradiologiTeknologi Maklumate-KesihatanKaedah transmisi imej radiologi seperti imej sinar-X, imbas CT, MRI dan ultrabunyi dari pelbagai lokasi dengan menggunakan komputer, rangkaian telefon dan kemudahan Internet. Transmisi imej ini dilakukan bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dengan pakar perubatan lain atau bagi tujuan laporan pakar perubatan. Kaedah ini membolehkan pakar radiologi memberikan khidmat kepakaran mereka kepada pesakit yang sedang mendapatkan rawatan tanpa perlu berada di hospital.
level 3 probabilistic safety asessment (PSA)pentaksiran keselamatan berkebarangkalian tahap 3Sains NuklearKejuruteraan ReaktorPenilaian kesan radiologi ke atas orang awam dan persekitaran selepas kegagalan pembendung reaktor untuk mentaksir kesiapsiagaan dan tindak balas kecemasan.
safety functionfungsi keselamatanSains NuklearKejuruteraan ReaktorFungsi yang mesti dipenuhi untuk memastikan keselamatan kemudahan nuklear. Fungsi keselamatan juga termasuk aktiviti pencegahan atau pengurangan kesan radiologi daripada kendalian normal, kejadian kendalian yang dijangka dan keadaan kemalangan.
electronic medical record (EMR)rekod perubatan elektronik (EMR)Teknologi Maklumate-KesihatanAplikasi elektronik mengenai rekod perkhidmatan dan maklumat kesihatan individu. Antara data yang dapat diperoleh ialah demografik, sejarah perubatan, pemeriksaan fizikal, alahan, status imunisasi, keputusan ujian makmal, imej radiologi dan seumpamanya. Seterusnya, EMR ini juga membantu penyedia penjagaan kesihatan mengurus perkhidmatan dengan lebih bertanggungjawab. Aplikasi ini berbeza dengan (EHR). Banding rekod kesihatan elektronik (EHR).
digital imaging and communications in medicine (DICOM)pengimejan digital dan komunikasi dalam perubatan (DICOM)Teknologi Maklumate-KesihatanProtokol rangkaian lapisan aplikasi untuk penghantaran imej perubatan, bentuk gelombang dan maklumat yang berkaitan. DICOM pada asalnya dibangunkan oleh National Electrical Manufacturers Association dan American College of Radiology untuk mengimbas tomografi paksi berkomputer (CAT) dan pengimejan resonans magnetik (MRI) imej. DICOM dikawal selia oleh Jawatankuasa Standard dan menyokong pelbagai imej perubatan merentasi bidang radiologi, kardiologi, patologi dan pergigian. DICOM juga menggunakan protokol kawalan penghantaran atau protokol Internet sebagai protokol lapisan pengangkutan lebih rendah.
clinical data repositoryrepositori data klinikalTeknologi Maklumate-KesihatanPangkalan data masa sebenar, yang menerima data dari pelbagai sumber klinikal dan memberikan gambaran menyeluruh tentang seseorang pesakit. Pangkalan data ini dioptimumkan agar pengamal perubatan dapat mencapai data pesakit secara individu berbanding kesemua pesakit yang mempunyai ciri yang sama bagi memudahkan pengurusan sesebuah jabatan klinikal. Antara data yang terdapat dalam pangkalan data ini ialah keputusan ujian makmal klinikal, demografik pesakit, maklumat farmasi, laporan radiologi dan imej, laporan patologi, tarikh masuk, keluar dan perpindahan hospital dan nota kemajuan pesakit.

Kembali ke atas