Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.gut] | راݢوت

Definisi : ; meragut 1. menarik (menyentak, me­ra­but, mencabut) dgn paksa atau dgn ke­kuatan: tas tangannya diragut perompak; 2. memakan rumput hidup dsb (bkn lembu, kambing, dll): yg meragut-ragut rumput, itulah kerbau; 3. ki mencabut, merampas, menyebabkan kehilangan (sesuatu) secara paksa (tiba-tiba dsb): dia berasa dirinya di­per­lakukan secara tidak adil apabila ke-bahagiaannya yg tinggal secebis itu dira­gut dgn tiba-tiba; ~ nyawa menyebabkan mati dgn tiba-tiba: kemalangan itu telah ~ nyawa pemandu tersebut; ragutan hasil meragut; peragut orang (penjahat) yg meragut dan melarikan sesuatu barang yg sedang dipakai atau dibawa oleh seseorang: pelancong asing juga sering menjadi sasaran ~ bermotosikal; dlm kejadian itu, ~ melarikan beg tangan seorang wanita yg sedang membeli-belah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.gut] | راݢوت

Definisi : ; meragut 1 menarik dgn paksa; menyentak; merenggut: Seorang pemuda telah ~ tas tangannya ketika ia sedang membeli-belah. Kalung emas yg dipakai­-nya telah diragut. 2 memakan rumput hidup dll (bkn lembu, kambing dll): Lembu-lembu itu dibiarkan ~ rumput di padang. ~ nyawa menyebabkan mati dgn tiba-tiba: Kemalangan ngeri itu telah ~ nyawa pemandu tsb. peragut orang (penjahat) yg meragut dan melarikan sesuatu barang yg sedang dipakai atau dibawa oleh seseorang: Pelancong menjadi sasaran ~ bermotosikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ragut
Kata Terbitan : meragut,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
moral panicspanik moralKriminologiKeadilan JenayahPerasaan takut yang tersebar dalam kalangan orang ramai bahawa sesuatu peristiwa, orang atau kumpulan akan mengancam kesejahteraan masyarakat. Perasaan ini juga merupakan proses membangkitkan keprihatinan sosial tentang sesuatu isu. Contohnya, perasaan takut yang timbul akibat peningkatan kejadian rogol atau ragut.

Kembali ke atas