Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rah.sia] | رهسيا

Definisi : 1. benda yg tersembunyi (diketahui oleh satu atau beberapa orang sahaja): ia cuba mencungkil ~ yg tersurat di hati Noor; membuka (memecahkan, membongkar) ~ menceritakan sesuatu rahsia; memegang (menyimpan) ~ tetap tidak mahu men­ceritakan sesuatu rahsia; 2. sesuatu (benda, akal, dll) yg sengaja disembunyikan supaya orang lain tidak mengetahuinya: kalau tidak mengetahui ~ musuh, bagaimana hendak mengalahkannya; dlm kitab ini diterangkan segala ~ utk mencapai keredaan Allah; pintu ~; surat ~ surat yg isinya khusus utk orang yg tertentu sahaja; 3. secara tidak disiarkan (tidak diketahui orang), diam-diam, gelap, sulit: perempuan ~ menteri-menteri di Cameron Highland; (per)hubungan ~ (per)hu­bungan yg senyap-senyap (diam-diam) dgn tidak di­ketahui orang; ~ alam bahagian (keadaan dll) alam yg belum diketahui orang; ~ jabatan Id rahsia bkn urus­an pejabat; berahsia 1. mempunyai rahsia, menaruh rahsia; bilik ~ bilik yg ada rahsianya; 2. menyembunyikan sesuatu drpd: tidak perlu ~ lagi dgn aku; 3. memberitahukan sesuatu rahsia kpd: ia telah berjaya membawa Awang Putat ~ ke tepi Sungai Pahang; berahsia-rahsia menyembunyikan sesuatu dgn sungguh-sungguh supaya tidak diketahui oleh orang lain: beliau lebih suka bersendiri, lebih banyak ~ dlm tindakannya; aku tidak suka ~ dan mengecewakan orang lain, apatah lagi engkau rakan akrab dan jiran terdekat aku; merahsiakan tidak memperlihatkan (mem­beri­tahukan), menyimpan sbg rahsia: kenapa kakak masih mahu ~ hal kakak itu kpd saya? kerahsiaan perihal rahsia: Mubarak datang dgn penuh keghaiban dan ~; perahsiaan perbuatan merahsiakan sesuatu; perahsia suka berahsia: anak muda itu pen­diam dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rah.sia] | رهسيا

Definisi : 1 sesuatu yg hanya diketahui oleh beberapa orang yg tertentu saja (tidak diketahui oleh orang ramai): mencari ~. 2 sengaja disembunyikan supaya orang lain tidak mengetahuinya: pintu ~; surat ~. 3 secara tidak diketahui orang; secara diam-diam: Mereka telah mengadakan rundingan ~ di luar negara. berahsia 1 mempunyai rahsia; menaruh rahsia: bilik ~. 2 menyimpan rahsia: Aku tidak pernah ~ dgnmu. 3 mengatakan sesuatu rahsia kpd: Tak usahlah kamu ~ kpdnya kerana dia tidak dpt dipercayai. merahsiakan tidak diberitahukan; menyimpan atau menyembunyikan sesuatu sbg rahsia: Mereka masih ~ hasil rundingan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rahsia (adjektif)
1. Bersinonim dengan sulit: asrar, sir, makhfi, tersembunyi, tersorok,

2. Bersinonim dengan senyap-senyap: diam-diam, gelap, haram,

Kata Terbitan : merahsiakan,

Puisi
 

Kain ini kain sutera,
     Kalau mandi tolong sidaikan;
Rahsia ini kita berdua,
     Orang lain dibilang jangan.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Berlindung di balik telunjuk.

Bermaksud :

Rahsia yang tak dapat disembunyikan.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cryptographykriptografiKesusasteraanTiadaTulisan rahsia yang menggunakan simbol rahsia
one-time pad encryptionpenyulitan pad sekaliTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah penyulitan yang menggunakan senarai rawak kekunci rahsia penyulitan. Setiap kekunci rahsia tersebut hanya digunakan sekali sahaja. Kaedah ini dianggap paling sempurna. Contohnya, sifer Vernam.
covert timing channelsaluran pemasaan terselindungTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSaluran rahsia yang menggunakan proses perubahan suatu butir data pada jurang masa tertentu untuk menyiarkan isyarat 1 atau 0. Siaran isyarat ini boleh digunakan semula untuk membentuk mesej rahsia. Contohnya, perisian pelayan komputer sasaran menambah atau membuang titik noktah pada mesej log masuk. Sekiranya wujud noktah, hal ini menunjukkan binari 1, sekiranya tiada, maka hal ini menunjukkan binari 0. Apabila perubahan ini dilakukan berulang kali, noktah ini boleh digunakan untuk menyiarkan mesej rahsia yang panjang.
symmetric encryptionpenyulitan simetriTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah penyulitan yang menggunakan satu kekunci, iaitu kekunci rahsia yang digunakan untuk penyulitan dan penyahsulitan mesej. Sinonim penyulitan kekunci rahsia.
covert storage channelsaluran storan terselindungTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSaluran rahsia yang menggunakan proses penguncian fail, iaitu hasil daripada pengubahsuaian fail untuk menyiarkan isyarat 1 atau 0. Perisian pelayan pada komputer sumber akan menyiarkan binari 1 dengan mengunci fail dan menyiarkan binari 0 dengan melepaskan kekunci fail. Apabila perubahan ini dilakukan berulang kali, fail ini boleh digunakan untuk menyiarkan mesej rahsia yang panjang.
mystery shopperpembeli-belah rahsiaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
secret shopperpembeli-belah rahsiaPentadbiran PerniagaanTiadaIndividu yang diupah oleh sesebuah firma penyelidikan pasaran atau pengilang untuk melawat kedai runcit dengan menyamar sebagai pembeli biasa untuk mengumpul maklumat tentang paparan barangan, harga, dan kualiti perkhidmatan kakitangan jualan.
secret key encryptionpenyulitan kekunci rahsiaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerLihat penyulitan simetri.
blind testujian buta, ujian rahsiaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
nonsecret encoding schemeskema pengekodan bukan rahsiaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTeknik pengekodan yang dilakukan bukan untuk tujuan merahsiakan mesej atau data seperti pengekodan Huffman. Pengekodan ini bertujuan untuk memberi pemampatan kepada data agar dapat mengurangkan lebar jalur yang diperlukan untuk komunikasi. Data yang dikod menggunakan teknik ini boleh dikembalikan semula ke bentuk asal dengan mudah.
1234

Kembali ke atas