Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.lat] | رالت

Definisi : 1. tidak betul, keliru, salah, silap; 2. ke­salah­an cetakan (tulisan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.lat] | رالت

Definisi : bp berat hati, tidak sedap hati, kesal (kerana tidak dapat membuat sesuatu yg baik atau terpaksa membuat sesuatu yg tidak baik): tidak ~ aku mati apabila telah kulihat anak aku memegang dan membaca buku ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.lat] | رالت

Definisi : 1 tidak betul; salah. 2 kesalahan (dlm cetakan atau tulisan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.lat] | رالت

Definisi : kesal atau tidak sedap hati (kerana tidak dpt menunaikan hajat dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ralat (adjektif)
Bersinonim dengan silap, salah, khilaf, cacat;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
relative errorralat relatifKimiaKimia AnalisisNisbah magnitud ralat terhadap nilai sebenar. Biasanya dinyatakan dalam peratus atau peribu Ralat relatif % = (ralat/nilai sebenar) X 100
absolute constant errorralat tekal mutlakSains SukanBiomekanikRalat perlakuan yang mengambil kira arah kesilapan yang telah berlaku dengan mengabaikan arah ralat, sama ada positif atau negatif sesuatu arah kesilapan. Ralat positif menunjukkan arah yang terlebih dan ralat negatif menunjukkan arah yang terkurang daripada kriteria lakuan.
indeterminate errorralat tak tentuKimiaKimia AnalisisRalat yang tidak dapat ditentukan dan tidak dapat dikawal. Ia biasanya mempunyai magnitud dan arah yang berubah-ubah daripada satu pengukuran dengan pengukuran yang lain. Ralat ini juga sebagai ralat rawak.
absolute errorralat mutlakSains SukanBiomekanikRalat perlakuan yang mengambil kira magnitud kesilapan yang telah berlaku. Ralat mutlak dalam biomekanik melibatkan pengukuran ketepatan prestasi motor secara keseluruhan.
constant errorralat malarKimiaKimia AnalisisRalat yang magnitudnya sentiasa tetap atau malar dan tidak bergantung kepada saiz sampel. bd. ralat perkadaran.
proportional errorralat perkadaranKimiaKimia AnalisisRalat dalam analisis yang magnitudnya berubah berkadaran dengan besarnya saiz sampel yang dianalisis. bd. ralat malar.
instrumental errorralat alatanKimiaKimia AnalisisRalat yang timbul daripada sebarang kecacatan yang terdapat pada alatan yang digunakan dalam analisis. Contohnya ralat yang timbul daripada penggunaan buret atau neraca analisis yang tidak betul tentukurannya.
determinate errorralat tentuanKimiaKimia AnalisisRalat yang boleh ditentukan dan boleh dihapuskan. la biasanya malar dari segi magnitud dan arah dan boleh bersumberkan daripada kaedah. alatan atau penganalisis. Ia dikenali juga sebagai ralat sistematik.
variable errorralat sisihanSains SukanBiomekanikRalat perlakuan yang diukur berdasarkan sisihan piawai beberapa percubaan bagi pergerakan yang sama.
constant errorralat tekalSains SukanBiomekanikRalat perlakuan yang mengambil kira purata magnitud dan arah kesilapan yang berlaku semasa pergerakan.
12345

Kembali ke atas