Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.bah] | رامبه

Definisi : ; merambah 1. menebas, menebang; (pokok, tumbuh-tumbuhan), membabat: me­re­ka ~ pokok-pokok kecil; 2. membuka (meneroka) hutan, merintis (jalan): biar sedikit benih yg ditanam dan sedikit rimba yg dirambah, asal tanaman itu dijaga dan rumputnya disiangi; ~ hutan; ~ jalan; 3. merampat (memarang, memukul, menem­baki, menyebat, dll) semuanya sekali gus: pasukan yg menceroboh itu dirambah dgn mesingan; rambahan daun-daunan (pokok dll) yg sudah dirambah, sisa merambah; perambah orang yg merambah; ~ jalan perintis jalan. rambahan; ~ bukit sj tumbuhan (pokok renek), rami bukit (bulan, hutan, jantan), sumin bukit (jantan), malam petai, Alchornea villosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.bah] | رامبه

Definisi : ; merambah menebas atau memangkas tumbuh-tumbuhan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rambah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rambah (Sl. NS. Ml. Jh.)rambah (Sl. NS. Ml. Jh.)SukanTiadaMemangkah lebih daripada satu biji gasing.

Kembali ke atas