Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; serangkum sebanyak yg terbawa (terangkat) dlm pelukan: ~ kain kotor; merangkum 1. membawa (mengangkat) dlm pelukan tangan: longgokan kain kotor itu dirangkumnya lalu dibawa ke pem­basuh­an; 2. memeluk: kedua-dua belah tangan­nya ~ gadis itu; 3. ki mengambil (memiliki, menguasai) hak orang dll, mem­bolot: Sofia ~ wang itu kesemuanya; 4. = merangkumi me­lingkupi, melingkungi, men­­­­­cakupi, men­cang­kum: sistem insurans kebangsaan am­nya ~ semua orang antara umur berse­kolah dan umur bersara; siaran berita harus ~ per­istiwa-peristiwa penting di dunia; merangkumkan 1. merangkum sesuatu utk (dengan); 2. memasukkan ke dlm (lingkungan) bersama-sama, mengumpulkan menjadi satu: sembahyang lima waktu boleh di­rang­kum­kan atau dipendekkan ketika dlm pelayaran; 3. meringkaskan, meng­ikhtisar­kan; terangkum termasuk dlm lingkungan se­suatu, tercakup: ~ dlm konsep mendengar ialah beberapa aspek lain lagi, antaranya menangkap sesuatu yg didengar; rangkuman 1. ki pelukan, lingkungan: menyatukan manusia dlm suatu ~ kehidupan cinta kasih dan saling mengerti; 2. ringkasan, ikhtisar (dr huraian dll); perangkuman perbuatan merangkumkan se­suatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rangkum
Kata Terbitan : merangkum, merangkumi, merangkumkan, terangkum, rangkuman,

Puisi
 

Kalau tuan selasih dani,
     Daun katu bercabang tiga;
Kalau tuan kasihkan kami,
     Jangan rangkum dua tiga.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
includerangkum; termasuk; terkandungFizikTiadaTiada
includerangkum; termasuk; terkandungMatematikTiadaTiada
locutionkata rangkumKesusasteraanTiadaSatu kata atau sekelompok kata yang mengandung sekumpulan makna.
locutionkata rangkumKesusasteraanTiadaTiada
inclusion notenota rangkumPerpustakaanTiadaTiada
inclusive tourlawatan pakej rangkumPentadbiran PerniagaanTiadaLawatan rombongan yang bayarannya termasuk tambang, penginapan, lawatan, makan minum dan lain-lain.
inscribed diametergaris pusat rangkumKejuruteraan AutomotifTiadaJarak garis pusat bulatan bayangan yang termasuk lorong-lorong putar.

Kembali ke atas