receptor | reseptor | Sains Sukan | Biomekanik | Sel pada organ deria yang berfungsi untuk mengesan rangsangan- rangsangan dalam persekitaran dan mencetuskan impuls saraf. Contohnya, reseptor pada mata, kulit atau telinga. |
interoceptor | interoseptor | Sains Sukan | Biomekanik | Jenis reseptor yang sensitif terhadap rangsangan sensori yang diterima daripada dalam tubuh. Contoh interoseptor ialah kemoreseptor (reseptor yang menerima rangsangan yang berupa rangsangan zat kimia), berfungsi untuk memantau pH, kadar gula dan kadar kalsium dalam cairan tubuh. |
sensory deprivation | deprivasi deria | Psikologi | Tiada | Proses untuk mengurangkan rangsangan sama ada untuk mengurangkan tekanan atau mengenakan dendaan. Pada tahap awal percubaan kaedah deprivasi deria, individu akan berasa tidak selesa sehingga tidak mampu bertahan seperti berada di bilik kedap rangsangan. Mereka yang terlibat akan melaporkan pelbagai imaginasi dan kejadian ganjil yang dialami. Walau bagaimanapun, apabila kaedah ini dikawal, individu akan menikmati keindahan tanpa rangsangan sehingga mampu berasa tenang. Oleh sebab otak memerlukan rangsangan dari semasa ke semasa, deprivasi deria secara berpanjangan boleh menjadi satu penyiksaan atau hukuman seperti yang dialami oleh tahanan perang. |
cancer nanotherapy | nanoterapi kanser | Fizik | Nanoteknologi | Sejenis terapi kanser yang menggunakan nanozarah yang peka dengan rangsangan seperti gelombang elektromagnet, medan magnet dan akustik. Apabila rangsangan dikenakan, nanozarah menjadi panas dan memusnahkan sel kanser tetapi tidak memusnahkan sel yang sihat. Lihat juga terapi Kanzius RF. |
premotor time | masa pramotor | Sains Sukan | Biomekanik | 1. Tempoh masa yang wujud di antara penerimaan rangsangan persekitaran dengan sebelum berlakunya fasa permulaan pengaktifan sel otot. 2. Tempoh membuat keputusan selepas penerimaan rangsangan persekitaran. |
reaction time | masa reaksi | Sains Sukan | Biomekanik | Masa yang diambil untuk bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan. Masa reaksi melibatkan integrasi pada bahagian tinggi pusat sistem saraf, iaitu melibatkan persepsi. Masa reaksi dilihat dari tempoh mula penerimaan rangsangan sehingga bermulanya gerak balas. Masa reaksi seseorang individu adalah berbeza dan dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan individu itu sendiri. Dalam sukan, kepantasan dan masa reaksi ialah elemen penting untuk kejayaan prestasi kecergasan fizikal dalam kebanyakan kemahiran sukan. |
fair-share plan | rangsangan saksama | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu konsep dalam perancangan yang memastikan setiap golongan masyarakat mendapat bahagian yang saksama. |
psychosocial deprivation | deprivasi psikososial | Perubatan | Psikiatri | Ketiadaan rangsangan yang sesuai dalam persekitaran sosial atau fizikal yang diperlukan oleh emosi, sosial dan perkembangan intelek individu. |
tropism | tropisme | Kesusasteraan | Tiada | Reaksi dalaman sesuatu watak akibat rangsangan (stimulus) luaran, contohnya dalam monolog dalaman. Tropisme boleh diandaikan sebagai sebarang perlakuan yang tidak diperkatakan tetapi terlintas dalam fikiran watak walaupun sejenak. Teknik ini bermula sebagai avant garde berbentuk separa pertuturan. Pada mulanya, teknik ini digunakan dalam disiplin biologi untuk mencerminkan pengubahsuaian sesuatu organisma secara pertumbuhan, dan bukannya pergerakan setelah diberikan stimulus. Tropisme berasal daripada bahasa Yunani tropos yang bermaksud �berputar�. Lihat juga avant-garde, monolog dalaman. |
exteroceptor | eksteroseptor | Sains Sukan | Biomekanik | Jenis reseptor yang sensitif terhadap rangsangan sensori yang diterima daripada luar tubuh. Contoh eksteroseptor ialah reseptor penerima gelombang suara (pada alat pendengaran) dan reseptor cahaya (mata). |