Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ran.tai] | رنتاي

Definisi : 1. sj tali drpd cincin-cincin logam yg berkaitan: ~ emas; ~ leher; ~ basikal rantai yg menghubungkan pendayung basikal dgn roda belakang (utk menjalankannya); orang ~ orang hukuman yg dikenakan rantai; 2. = rantaian untaian, deretan, rangkaian, ren­tetan, deretan memanjang, leretan: konfron­tasi, putusnya hubungan diplomatik dgn Filipina, Indonesia, dll merupakan ~ drpd beberapa peristiwa penting dlm sejarah Malaysia; 3. ikatan, kaitan, pertalian: ~ kasih dan tulus mesra; 4. ki sesuatu yg mengikat (tidak bebas): dgn pinjaman yg murah bunganya dan lanjut masa pembayarannya, terselamatlah penduduk-penduduk luar ban­­dar drpd ~ orang tengah; 5. ukuran panjang yg panjangnya 22 ela atau 20.117 meter: rumahnya terletak kira-kira empat ~ dr situ; ~ kangkang rantai yg dikenakan pd kaki orang salah, belenggu; berantai 1. memakai rantai: masakan orang laki-laki ~ leher; maka ditambat seekor anjing, diberinya ~ emas; 2. = berantai-rantai be­rangkai-rangkai (berangkaian), ber­turut-turut, bersambung-sambung: peristiwa sejarah yg ~ ini diikuti pula oleh peristiwa perang Naning; lari ~ lari berganti-ganti (bersambung-sambung); reaksi ~ reaksi yg berangkai-rang­kai (bersambung-sambung); merantai 1. mengikat dgn rantai, mem­belenggu: panglima Hitam dirantai lalu ditolak tersungkur ke lantai; 2. ki meng­hambat, menyekat: kau sudah tidak rindu akan kampungmu sebab hatimu telah di­rantai kota; rantaian untaian, rangkaian, rentetan, run­tunan; orang ~ orang rantai; perantaian orang hukuman yg dirantai, orang rantai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.tai] | رنتاي

Definisi : 1 tali drpd cincin-cincin logam yg berangkai-rangkai: ~ leher; ~ besi. 2 pertalian; ikatan: ~ kasih. berantai memakai rantai; mempunyai rantai: Kucingnya itu diberi ~ manik. berantai-rantai berturut-turut lepas satu, satu; berangkai-rangkai: peristiwa sejarah yg ~. merantai menambat (mengikat) dgn rantai; membelenggu: Ia ~ gajahnya dgn rantai besi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ran.tai] | رنتاي

Definisi : ukuran panjang yg bersamaan dgn 22 ela atau 20.117 meter. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rantai (kata nama)
1. Bersinonim dengan kalung: leca, utas,

2. Bersinonim dengan ikatan: kaitan, pertalian, hubungan, jalinan,

Kata Terbitan : berantai, berantai-rantai, merantai, rantaian,

Puisi
 

Budak-budak bermain tombak,
     Tombak diikat dengan rantai;
Kalau kutakut dilambung ombak,
     Tak ku berumah di tepi pantai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kijang jika ditambat dengan rantai emas sekalipun,
     bila terlepas ke hutan juga larinya.

Bermaksud :

Orang dagang, biar bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga ia akan negeri asalnya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
timing chainrantai pemasaanKejuruteraan AutomotifEnjinRantai logam yang menghubungkan aci engkol yang memacu aci sesondol. Rantai ini dihubungkan kepada kedua-dua aci melalui gegancu. Rantai ini juga memutarkan aci sesondol pada arah yang sama dengan aci engkol pada nisbah kelajuan 1:2. Banding tali sawat pemasaan.
drive chainrantai pacuanKejuruteraan AutomotifEnjinRantai yang mengelilingi dua atau lebih gegancu. Rantai ini berfungsi untuk menghantar kilasan dan kuasa kepada aci atau komponen lain yang dihubungkan dengan gegancu yang berputar.
timing chainrantai pemasaanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaRantai yang dipacu oleh gegancu pada aci engkol untuk memacu gegancu pada aci sesondol bagi membuka rangkaian injap.
guide wheelsroda pandu rantaiSukanLumba BasikalAlat penyelaras rantai pada derailleur.
self-limiting chain reactiontindak balas rantai had diriKejuruteraanTiadaTindak balas rantai yang penyederhananya secara automatik mengehadkan tindak balas tersebut dalam julat yang ditentukan.
medium-chain triglyceride (mct)trigliserida rantai sederhanaSains KesihatanTiadaLemak yang terdiri daripada asid lemak rantai pendek dan sederhana.
crosslinked polymerpolimer berangkai silangFizikNanoteknologiBahan polimer yang mengandungi rantaian yang bertaut dengan rantai polimer yang sama pada tempat yang berlainan atau dengan rantai polimer yang berlainan menerusi ikatan kovalens. Polimer ini dapat membentuk sangkar untuk mengurung nanozarah bagi tujuan tertentu seperti perubatan.
reverse transcription polymerase chain reaction (RT-PCR)tindak balas rantai polimerase transkripsi balikan (RT-PCR)Kesihatan AwamTiadaTeknik makmal yang menggabungkan transkripsi balikan RNA kepada DNA (dipanggil komplementari DNA atau cDNA) dan penguatan DNA sasaran khusus menggunakan tindak balas rantai polimerase (PCR).
tensionerpenegangKejuruteraan AutomotifEnjinAlat yang digunakan untuk menghalang tali sawat atau rantai daripada teranjak, kendur mahupun terlucut dari takal atau gegancu. Alat ini akan mengenakan sedikit daya secara terus- menerus kepada bahagian luar tali sawat atau rantai tersebut. Daya ini dihasilkan daripada tindakan pegas atau tekanan hidraulik pada penegang tersebut.
real-time reverse transcription-polymerase chain reaction (rRT-PCR)tindak balas rantai polimerase balikan masa nyata (rRT-PCR)Kesihatan AwamTiadaTeknik untuk mengesan kehadiran virus di dalam badan pesakit dengan menggunakan transkriptase balikan bagi menghasilkan DNA pelengkap (cDNA) dari templat RNA. DNA pelengkap ini kemudiannya disalin menggunakan tindak balas rantai polimerase (PCR) dan perubahan jumlah DNA ini direkod dalam masa nyata.
1234

Kembali ke atas