anaesthetic | anestetik | Herba | Fitoterapi | Bahan yang berupaya menghilangkan kepekaan terhadap rasa sakit atau rasa sentuhan. |
taste | cita rasa | Kesusasteraan | Tiada | Pertimbangan terhadap karya sastera yang kritikal dan estetik berdasarkan ciri-ciri kecemerlangan-nya. Dengan maksudnya yang lebih longgar, cita rasa tidak lagi berdasarkan ciri kecemerlangan sastera seperti dahulu, tetapi lebih menjurus kepada kriteria peribadi yang pelbagai atau kriteria yang popular. Dalam banyak hal, nilai cita rasa biasanya ditentukan oleh golongan elit dalam sesuatu masyarakat. |
altered taste | rasa terubah | Kejururawatan | Tiada | Keupayaan deria rasa untuk merasai manis, pahit, masam, atau masin yang berubah akibat gangguan pada reseptor gustatori. |
palpitation | palpitasi | Kejururawatan | Tiada | Rasa berdebar apabila jantung berdenyut dengan cepat. Keadaan ini disebabkan rasa ketakutan, emosi dan juga mungkin satu gejala aritmia atau sakit jantung. |
taste | cita rasa | Ekonomi | Tiada | Kegemaran pengguna yang merupakan faktor penting yang mempengaruhi pengguna dalam membuat keputusan untuk membeli sesuatu barang. Perubahan cita rasa boleh mengubah kedudukan keluk permintaan. |
bitter | pahit | Herba | Pemiawaian | Rasa yang tidak sedap, seperti hempedu disebabkan kandungan sebatian berbes dalam tumbuhan herba. Contohnya, rasa pahit pada daun mengkudu (Morinda citrifolia), buah peria katak (Momordica charantia) dan daun hempedu bumi (Andrographis paniculata). |
stimulant | perangsang/stimulan | Herba | Tiada | Herba yang meningkatkan kewaspadaan, kesedaran, tenaga dan rasa kesejahteraan. Selain merangsang sistem saraf pusat, sebahagian besar perangsang juga meningkatkan aktiviti sistem saraf simpatetik dan menjana rasa euforia. Perangsang meningkatkan tekanan darah, kadar degupan jantung dan pernafasan serta digunakan terutamanya untuk mengubati asma dan masalah pernafasan lain. Herba ini boleh digunakan sebagai bahan santai. Perangsang juga cenderung disalahgunakan untuk meningkatkan ketahanan dan produktiviti serta mengurangkan selera makan. Contoh herba ini ialah kopi, teh, koko, ganja, ketum, candu dan biji pala. |
side effect | kesan sampingan | Herba | Pemiawaian | Kesan yang tidak diingini apabila ekstrak herba diambil secara berlebihan. Kesan sampingan termasuk rasa sakit, pening, loya dan tidak selesa. Contohnya, pengambilan ekstrak herba tongkat ali (Eurycoma longifolia) secara berlebihan boleh mendatangkan rasa pening dan panas. |
herbal fermentation | penapaian herba | Herba | Tiada | Proses penguraian komponen organik, terutama karbohidrat oleh tindakan enzim atau mikroorganisma. Penapaian herba dilakukan untuk menyingkirkan rasa pahit atau tidak enak, atau untuk menghasilkan komponen kimia beraroma yang mempunyai bau dan rasa yang menyenangkan. Contohnya, penghasilan teh hitam dan ekstrak vanila. |
bitterness value | nilai kepahitan | Herba | Tiada | Tahap rasa kepahitan bahan herba berbanding piawai rujukan kuinina hidroklorik. Nilai ini merupakan ukuran tahap kepahitan bagi herba yang mengandungi bahan pahit. Kaedah ini berguna untuk menentukan kualiti bahan mentah. Larutan air sampel herba biasanya dalam julat cairan tertentu dikumur selama 30 saat dan diluahkan. Larutan yang kekal memberikan rasa pahit sehingga melepasi 30 saat ditentukan dan dibandingkan dengan larutan piawai air kuinina hidroklorik. Ujian ini hanya dilakukan pada bahan herba yang identiti bahan kimianya telah dikenal pasti dan diketahui selamat. Contohnya daun teh. |