Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.sio.nal] | راسيونل

Definisi : 1. alasan munasabah yg mendasari sesuatu tindakan, perbuatan, atau pegangan: apakah ~ kamu utk menolak per­minta­annya? 2. berdasarkan taakulan, menurut pertimbangan atau fikiran yg wajar, waras: di manakah ada kejadian atau fakta yg hanya dapat difahami secara ~? merasionalkan menjadikan atau membuat sesuatu (sbg) rasional, menganggap rasional, menjadikan (supaya) bersifat rasional: kami berasa cukup payah untuk mencari sebab dan alasan utk ~ ketidakwujudan sukatan pelajaran tersebut; jika ia, bagaimana pula seseorang itu ~ dirinya dlm situasi begini? kerasionalan sifat (keadaan) rasional: pe­nga­­rang berhasil memaparkan kejujuran dan ~ watak Mahmud; perasionalan proses merasionalkan sesuatu: ~ retorik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.sio.nal] | راسيونل

Definisi : 1 mengikut fikiran yg baik (sihat): Masalah itu perlu difikirkan secara ~. 2 alasan yg wajar bagi sesuatu perbuatan, tindakan dsb: Berikan ~ mengapa kamu bertindak demikian. merasionalkan menganggap sesuatu perbuatan, tindakan dsb adalah wajar: Kamu tidak boleh ~ perbuatan kamu yg agak keterlaluan itu. kerasionalan keadaan atau hal rasional: ~ alasan itu masih dipertikaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasional
1. Bersinonim dengan wajar
( logik, waras, patut, berasas, bijak, munasabah, masuk akal, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan alasan
( kewajaran, hujah, asas, bukti, dalil, pandangan, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : merasionalkan, kerasionalan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rationalrasionalSains PolitikPolitik PerbandinganLihat rasionalisasi.
nursing rationalerasional kejururawatanKejururawatanTiadaTindakan kejururawatan yang menjelaskan sebab dan akibat sesuatu tindakan yang akan dilakukan.
oropharyngeal airwayrasional kejururawatanKejururawatanTiadaAlat salur udara yang dimasukkan ke dalam mulut untuk menentukan salur udara menjadi telus. Biasanya alat ini dimasukkan kepada pesakit yang tidak ada refleks gag.
absurdabsurdKesusasteraanTiadaAliran pemikiran yang menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna dan tidak logik. Pemikiran ini terserlah dalam karya sastera, teater, dan seni tampak yang diekspresikan dalam bentuk ekspresionisme, surealisme, dan absurdisme. Konsep absurd boleh disusurgalurkan dengan falsafah eksistensialisme yang dipelopori pemikir seperti Soren Kierkegaard dari Jerman, serta albert Camus dan Jean-Paul Sartre dari Perancis yang memberikan penekanan kepada kewujudan hidup. Contohnya, drama absurd memaparkan watak yang bergelut untuk mencari tatanan (aturan) dan tujuan hidup dalam situasi yang tidak rasional dan tidak dapat difahami. Ceritanya tidak ada kesinambungan, watak-wataknya bergerak tanpa motivasi, dan bahasanya tidak tersusun. Contoh karya absurd dalam kesusasteraan Barat ialah Ulysses oleh James Joyce, Metamorphosis dan The Castle oleh Franz Kafka. Drama absurd yang terkenal ialah Waiting for Godot oleh Samuel Beckett. Contoh dalam kesusasteraan Mel ayu ialah novel Sampah oleh Shahnon Ahmad, novel Kering oleh Iwan Simatupang, dan drama Bukan Bunuh Diri oleh Disman. Absurd berasal daripada perkataan Latin absurdum yang bermaksud �sesuatu yang bertentangan� atau �tidak harmoni�.
new classical economicsekonomi klasik baruEkonomiTiadaLihat teori jangkaan rasional.
civilsivilSains PolitikPolitik PerbandinganSifat masyarakat yang telah mencapai taraf budaya yang rasional, berpendidikan tinggi, tingkat ekonomi yang baik dan hubungan sosial yang berasaskan kepada nilai-nilai murni. Dalam konteks politik, istilah ini merujuk kepada hubungan politik yang berlandaskan akal dan bukannya emosi. Setiap pertelingkahan politik yang timbul diselesaikan secara rundingan, tawar-menawar dan permuafakatan. Persaingan politik diambil dalam pendekatan yang positif apabila kekalahan dalam persaingan diterima dengan fikiran yang terbuka. Dalam erti kata lain, sivil merujuk kepada masyarakat yang moden dan bertamadun dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
dadaismdadaismeKesusasteraanTiadaAliran pemikiran yang menolak aturan, kesempurnaan dan konvensi, sebaliknya memperjuangkan perkara yang tidak rasional. Aliran ini berkembang selepas Perang Dunia Pertama.
drug utilization reviewpenilaian penggunaan dadahSains KesihatanTiadaProses pemeriksaan kembali keberkesanan dan keselamatan dadah untuk mengesahkan rasional penggunaannya dalam amalan klinikal.
phobic anxiety disordergangguan keresahan fobiaPerubatanPsikiatriGangguan mental yang berlaku apabila seseorang mengalami ketakutan yang tidak rasional dan keresahan dalam tempoh tertentu.
altered thought processproses pemikiran terubahKejururawatanTiadaKeupayaan proses berfikir yang berubah akibat gangguan kesedaran, persepsi, daya ingat, daya rasional, kebolehan metal dan kecerdasan.
1234

Kembali ke atas