Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ras.mi] | راسمي

Definisi : disahkan oleh kerajaan atau yg berkuasa, (yg) diisytiharkan (ditentukan, disahkan) oleh kerajaan atau jabatan dll: bahasa ~; ejaan ~; kenyataan ~; pakaian ~; resit ~; tugas ~; upacara ~; rasmi-rasmian bersifat rasmi: majlis yg ~; merasmikan mengisytiharkan (melantik, menentukan, menetapkan, mengesahkan, dll) dgn rasminya: ~ pameran lukisan; ~ pembukaan sekolah; kerasmian perihal rasmi: bahasa Melayu akan sanggup menggantikan bahasa Inggeris dlm segala lapangan ~ dan keilmuan; perasmian pengisytiharan (pelantikan, pe­nentuan, penetapan, pengangkatan, peng­umum­­an, dll) yg rasmi: masa transisi sesudah ~ ejaan itu akan mengurangi kerugian yg mungkin dideritai; ~ lantikan panitia Bahasa Melayu-Indonesia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ras.mi] | راسمي

Definisi : disahkan atau ditentukan oleh kerajaan atau oleh pihak yg bertanggungjawab: bahasa ~; pakaian ~. merasmikan mengumumkan dgn rasmi; mengesahkan: Menteri Pelajaran telah hadir utk ~ seminar itu. perasmian perbuatan merasmikan; pengumuman yg rasmi; pengesahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasmi (adjektif)
Bersinonim dengan formal, sah, sahih, diluluskan, dibenarkan;,
Kata Terbitan : merasmikan, perasmian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
official countpengiraan rasmiSains PolitikPolitik PerbandinganProses mengira undi yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa seperti suruhanjaya piIihan raya atau MajIis Perwakilan. Pengiraan dan keputusan dianggap rasmi apabila pihak berautoriti ini yang melaksanakannya. Pengiraan biasanya dibuat secara terbuka atau sulit menurut peraturan sesebuah pertubuhan atau negara. Contohnya, pengiraan dan keputusan undi yang dikendalikan oIeh Suruhanjaya PiIihan Raya Malaysia dianggap rasmi dan sah.
protest movementgerakan protesSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan membantah yang dibuat oleh satu organisasi rasmi atau kelompok orang kebanyakan yang tidak rasmi kerana tidak berpuas hati terhadap pihak yang lebih berkuasa seperti kerajaan, majikan atau pihak yang berautoriti. Bantahan ini dibuat dalam bentuk demonstrasi, piket, penyerahan surat atau memo, tidak hadir bekerja atau berhenti secara beramai-ramai. Bantahan seperti demostrasi dan piket ditunjukkan kepada orang awam bagi menarik simpati atau sokongan. Biasanya gerakan seperti ini tidak melakukan keganasan. Contohnya, penyerahan memo oleh beberapa NGO kepada Kedutaan Amerika Syarikat sebagai gerakan protes mereka terhadap serangan kuasa besar itu ke atas Iraq.
pharmacopoeiafarmakopeiaHerbaTiadaDokumen rasmi yang mengandungi monograf bagi bahan mentah dan sediaan herba serta deskripsi, kaedah ujian, prosedur penyediaan dan pembuatan yang terpiawai. Farmakopeia membolehkan bahan herba dihasilkan dan dipiawaikan secara seragam. Dokumen ini diterbitkan mengikut arahan rasmi kerajaan atau pertubuhan yang bekerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan. Walau bagaimanapun, kesahannya tertakluk kepada kajian terkini dan berpandukan dokumen mutakhir.
limited monarchymonarki terhadSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang masih meletakkan golongan diraja, menduduki jawatan ketua negara sebagai simbol dan tujuan rasmi tanpa memiliki kuasa eksekutif. Monarki terbatas ini disebut juga sebagai monarki berperlembagaan apabila kegiatan raja itu perlu berlandaskan perlembagaan. Kuasa raja bersifat tidak mutlak dan tugasnya lebih tertumpu kepada upacara rasmi seperti merasmikan persidangan parlimen, pembukaan masjid dan sekolah serta melakukan lawatan rasmi ke negara lain sebagai ketua negara. Antara negara yang mengamalkan monarki terhad ini ialah Malaysia, Thailand, Jepun, Sweden, Belanda dan Denmark. Sinonim monarki terbatas.
political recruitmentpengambilan politikSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan menarik orang baru atau golongan lebih muda supaya melibatkan diri secara aktif dalam politik. Proses ini boleh berjalan secara rasmi seperti kempen pengambilan ahli atau jawatankuasa baru oleh parti politik, dan boleh juga secara tidak rasmi atau tanpa sedar seperti timbul kesedaran orang ramai yang kemudian memilih menyertai parti politik atau NGO untuk bergerak aktif. Bentuk pengambilan ini boleh berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain bergantung kepada sistem dan budaya politik, latar belakang masyarakat, sejarah negara, taraf hidup dan ekonomi negara. Proses ini lebih longgar dalam negara demokrasi dan lebih terkawal dalam negara komunis dan autoritarian lain. Contohnya, pengambilan politik dalam politik Malaysia berjalan secara tidak rasmi apabila rakyat dibolehkan menyertai mana-mana parti politik yang disukainya pada bila-bila masa.
micropoliticsmikropolitikSains PolitikPolitik PerbandinganAksi dan tingkah laku politik yang terjadi di peringkat bawahan dan berkait rapat dengan perkara yang lebih kecil tetapi menggunakan saluran politik yang formal seperti mesyuarat parti, perebutan jawatan dalam persidangan dan sebagainya. Tindakan politik ini boleh menggunakan saluran rasmi dan tidak rasmi bagi mencapai sesuatu matlamat. Tindakan ini berlaku di peringkat mikro atau dalam sesuatu pejabat, organisasi, sekolah, kampung atau bandar. Isu yang menjadi persoalan sering berkait dengan ketidakpuasan hati terhadap ketua, iri hati dengan rakan, perebutan jawatan atau pangkat dan konflik peribadi yang dikaitkan dengan organisasi. Persoalan siapa yang rapat dengan ketua dan siapa mendapat apa, bila dan bagaimana merupakan persoalan utama di sini. Ia berbeza dengan makropolitik yang lebih menyentuh persoalan keselamatan negara, pilihan raya nasional, dasar luar dan dasar pembangunan ekonomi.
formal contractkontrak rasmiPenilaian Harta TanahTiadaTiada
formal possessionpemilikan rasmiPenilaian Harta TanahTiadaTiada
licencelesenSukanLumba BasikalDokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia yang wajib dimiliki oleh setiap pelumba.
treatyperjanjianSains PolitikPolitik PerbandinganPersetujuan rasmi yang dibuat antara dua atau lebih negara yang berdaulat. Sebelum persetujuan dicapai, wakil dari negara yang terIibat terlebih dahulu berunding dan membuat tawar-menawar dalam perbincangan. Persetujuan ini biasanya diabsahkan oleh badan perundangan negara terIibat seperti hakim atau ketua negara dan kemudian dijadikan dalam bentuk bertuIis dengan pengesahan mohor pemerintah. Nama perjanjian pula biasanya mengambiI nama tempat perjanjian itu diadakan. Contohnya, Perjanjian Pangkor 1874, Perjanjian Bangkok 1909 dan Perjanjian Camp David l978.
123456

Kembali ke atas