Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kayu yg dipasang di antara tiang-tiang rumah (utk menyangga gelegar tempat di­pasang lantai); gar-gar kata pelantar, ~ juga yg me­nahan­nya prb kita tidak boleh mendengar cakap orang yg tidak bertanggungjawab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kayu panjang yg dipasang dr tiang ke tiang utk menyangga gelegar dan utk menguatkan berdirinya rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasuk
Kata Terbitan : merasuk, kerasukan,

Peribahasa

Apa peduli pada kukuran,
     nyiur juga yang akan habis.

Bermaksud :

Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, c. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, e. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, f. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
beamrasukKesenianHiasan DalamanSatu daripada unsur atau struktur binaan secara melintang yang berfungsi untuk membawa atau menampung beban secara menegak. Ciri-ciri rasuk berpandukan kepada bentuk, panjang dan bahan yang digunakan. Bahan yang sering digunakan untuk membuat rasuk ialah kayu, besi dan konkrit. Rasuk boleh menerima olahan dekoratif seperti ukiran, kemasan kayu, cat dan logam. Rasuk juga sering didedahkan di dalam ruang bagi mewujudkan gaya hi-tech.
lateral bucklinglengkokan sisiKejuruteraanTiadaLengkokan yang terjadi pada arah isi rasuk. Lengkokan sisi ini terjadi kerana ketebalan rasuk yang jauh lebih besar daripada kelebarannya yang dapat diatasi dengan cara mengehadkan nisbah lebar terhadap kedalamannya.
bamboo beamrasuk buluhBuluhTiadaStruktur melintang yang menggunakan buluh dan berfungsi untuk menanggung beban atap atau lantai.
cantileverjulur tuasKesenianHiasan DalamanBinaan rasuk, lantai atau kasau yang mempunyai penyokong atau pengikat pada satu penghujung sahaja.
caulkingmemakalKesenianHiasan Dalaman1. Suatu kaedah atau seni mengawal/menjaga hujung kayu seperti rasuk apabila diletakkan pada sudut tepat, pada plat dinding dan bendul. 2. Suatu kaedah kemasan menggunakan plastik atau tar bagi mengelakkan rekahan di atas geladak kapal.
furringpelapikKesenianHiasan DalamanKerangka ringan atau kepingan kayu dan besi yang digunakan pada dinding, rasuk atau apa juga permukaan untuk menyokong permukaan kemasan dan menyeragamkan atau meratakan permukaan.
edgingperapian tepiKesenianHiasan DalamanKerja pengemasan permukaan tepi, sama ada pada bahagian sisiatau bawah permukaan kasau, gelegar atau rasuk. Pengemasan dilakukan pada permukaan rata dan datar, sama ada dengan cara memotong atau mengikis.
balconybalkoniKesenianHiasan DalamanRuang yang menganjur keluar dari permukaan dinding sesebuah bangunan. Lazimnya, ruang ini disokong oleh tiang, pendakap atau rasuk tergantung dan dikemaskan dengan kekisi. Balkoni direka bentuk menjadi sebahagian daripada unsur bangunan yang menyediakan ruang tambahan untuk kegunaan harian, seperti beristirahat atau tempat mengeringkan pakaian.
form factorfaktor bentukPerhutananTiada1. Nisbah isi padu kayu yang diperoleh daripada hasil darab tinggi pokok dengan luas pangkal yang biasanya diukur pada ketinggian aras dada, iaitu 1.44 meter. Faktor bentuk digunakan untuk menganggarkan isi padu kayu yang boleh dihasilkan daripada sesuatu dirian. 2. Nisbah modulus kepecahan batang rasuk yang mempunyai bentuk dan ukuran tertentu kepada modulus kepecahan rasuk piawai.
castacuanKesenianHiasan DalamanBekas yang digunakan untuk membentuk struktur konkrit yang dikehendaki, dengan menuangkan bahan cecair ke dalamnya. Antara bahan yang digunakan untuk membina acuan ialah papan lapis, aluminium, keluli, dan plastik. Biasanya, acuan digunakan dalam kerja membentuk atau mencorakkan sesuatu objek, seperti membina asas bangunan, rasuk, tiang, dinding, lantai, tangga atau tembok.
12

Kembali ke atas