Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ta] | رات

Definisi : 1. tidak tinggi rendah, datar, papak, papar: bahagian atas meja itu ~; padang bola yg menghijau ~; pukul (hitung) ~ semuanya dianggap sama (tidak dibeza-beza­kan), hitung panjang; sama ~ a) sama tinggi dan sama rendah (semuanya); b) = sama ~ sama rasa sama hak dan kewajibannya (sama tarafnya); 2. seluruh bidang (per­mukaan) sama diliputi, menyeluruh: hendak­nya lantai itu disapu ~; kurang ~ ditutup lantai itu dgn tikar; 3. seluruhnya beroleh bahagian yg sama, tersebar ke merata tempat (berita dll), ter­dapat (terkena dll) di mana-mana: pusaka itu dibahagi ~; telah ~ lukisannya ditun­jukkan; pd masa itu orang Melaka ~lah berkapal belaka; ~-riti Kl ke mana-mana; serata seantero, segenap, seluruh: getah di­eksport ke ~ dunia; poster-poster tertampal di tembok-tembok di ~ kampung; menyeratakan menyebarkan ke mana-mana, menyeluruh; keserataan perihal (keadaan) serata: tahap ~ penggunaan bahasa itu masih rendah; rata-rata 1. rata sekali, sama banyaknya dll di serata tempat: baja itu hendaklah di­ta­burkan ~; saya ingin benar hendak melihat ~ dlm kebun itu; 2. = (di)pukul ~ a) dianggap sama semuanya, dihitung panjang, pd umum­nya: keistimewaannya ialah orang-orang bawah­annya ~ segan dan hormat kepada­nya; ~ mereka tidak berbaju, kecuali yg paling depan; apatah lagi dlm arus sekarang, ~ wanita suka bekerja makan gaji; b) diambil tengah-tengah, dibahagi rata; ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi setahun; peon dan buruh kasar ~ mendapat dlm lingkungan RM80 dan RM100 sebulan; merata 1. (menjadi) rata: matanya terpaku ke permukaan laut yg sekali-kali tersebak dan ~; buah padi yg sedang masak, kuning, dan ~; 2. = merata-rata tersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, mere­bak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah; 3. = merata-rata serata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas didapati di ~ tempat di negeri panas; meratai merata ke segenap..., meliputi (memasuki, melindungi, mengenai, dll) kesemuanya: mata profesor itu ~ semua muka mahasiswa; tidak mungkin rasanya per­aturan itu ~ seluruh lapisan rakyat; meratakan 1. menjadikan (menyebabkan) rata, memapakkan, mendatarkan: seluruh kawasan bukit itu diratakan utk dijadikan tapak kawasan perumahan rakyat; 2. mem­bahagi-bahagikan rata, menyebarkan ke me­rata tempat: ~ kemakmuran ke seluruh ne­gara ialah tujuan utama kerajaan sekarang; bantuan kecemasan diratakan kpd segenap mangsa bah; rataan ark dataran; kerataan perihal rata: semua permukaan cecair adalah rata dan selari dgn ~ tanah; perataan perihal (proses) meratakan sesuatu: ~ permukaan jalan itu telah selesai; perata alat utk meratakan (mendatarkan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ta] | رات

Definisi : sl sj kenderaan, kereta; ~ terbang (melayang) sl kereta yg dapat terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ta] | رات

Definisi : 1 tidak tinggi rendah; datar: Papan itu hendaklah diketam dahulu supaya ~. 2 seluruh permukaannya sama diliputi: Dinding itu hendaklah dicat ~. 3 semuanya beroleh bahagian yg sama: Pusaka itu dibahagi ~. 4 tersebar ke mana-mana (bkn berita); terdapat di mana-mana; di mana-mana pun ada: Wabak taun sudah ~ di negara itu. rata-rata 1 rata benar; sama banyaknya: Selepas tanah itu digemburkan, taburlah baja ini ~. 2 sama semuanya; pukul rata; umumnya: Orang bawahannya ~ segan dan hormat kpdnya. 3 dibahagi sama; pukul rata; hitung panjang: ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi semusim. merata 1 menjadi rata: Permukaan tasik itu kelihatan tenang dan ~ seolah-olah dipepat. 2 tersebar (pergi) ke mana-mana; merebak: Sebentar saja berita kematian pasangan gadis teruna itu ~ ke segenap kampung. merata-rata terdapat di banyak tempat; ada di segenap atau seluruh: Sampah sarap bersepah di ~ tempat. meratai merata di; merata ke segenap: Air yg tumpah itu ~ permukaan meja. meratakan 1 menjadikan rata; mendatarkan: Mereka sedang ~ kawasan itu utk dijadikan tapak perumahan. perataan perbuatan, hal dsb merata, meratai atau meratakan. perata alat (jentera dll) yg meratakan. serata seluruh; segenap: Poster pilihan raya telah ditampalkan di ~ tempat. menyeratakan menyiarkan, menghebahkan dsb ke serata tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rata
1. Bersinonim dengan datar
( papak, papar, tarah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sama banyak
( sama adil, dengan saksama, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan keseluruhannya
( dengan sekata)
(adverba:)

Kata Terbitan : serata, merata-rata, menyeratakan, rata-rata, merata, merata-rata, meratakan, kerataan, perata,

Puisi
 

Labuan tanahnya rata,
     Anak ikan di paya dua;
Jangan takut ibu dan bapa,
     Kalau jodoh kita berdua.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Lautan yang dalam sudah diselam rata,
     buyung di dapur tak tahu apa isinya.

Bermaksud :

Negeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya. (Bandingkan dengan: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, c. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flat backbelakang rata-TiadaBahagian tulang belakang buku kulit keras yang rata.
flat emissionpancaran rataSains NuklearKejuruteraan ReaktorPancaran zarah atau sinaran daripada sumber radioaktif dengan taburan tenaga yang rata.
biographybiografiKesusasteraanTiadaRiwayat hidup seseorang atau sebuah keluarga yang ditulis oleh orang lain secara menyeluruh. Penulisan biografi diusahakan untuk memperlihatkan perwatakan individu atau sesebuah keluarga termasuklah aktiviti dan pengalamannya serta persekitaran yang mengelilinginya. Pada zaman Yunani dan Romawi, biografi dianggap sebahagian daripada tulisan sejarah. Bentuk bagiografi atau kisah hidup para santo (saints) adalah antara tulisan biografi yang awal. Selain itu, biografi awal juga berlegar pada periwayatan raja dan tokoh wira. Rata-rata penekanan tulisan adalah pada kekuatan dan kebaikan tokoh yang diperkatakan. Bentuk biografi pada tahap ini lebih bersifat pemujaan yang tidak objektif. Walau bagaimanapun, dalam karya Lives of The Poets, Samuel Johnson mula meninggalkan ciri-ciri pendewaan tokoh dan penulisannya memperlihatkan objektiviti yang menjadi tuntutan sesebuah biografi. Johnson meletakkan biografi sebagai genres sastera yang diakui dan diterima khalayaknya. Dengan terhasilnya tulisan James Boswell berjudul Life of Samuel Johnson, biografi sebagai bentuk tulisan menjadi lebih kukuh. Sementara dalam tulisan Lytton Strachey berjudul Eminent Victorians, bentuk penulisan ini lebih mantap seperti yang dilihat dan difahami sekarang. Dewasa ini, biografi meliputi kisah riwayat hidup orang biasa, dan tulisannya berbentuk ilmiah dan popular. Contoh biografi dalam sastera Arab ialah Hayat Salah al-Din al-Ayubbi oleh Ahmad Bili. Dalam kesusasteraan Melayu, bentuk biografi dapat dilihat pada karya seperti Pendeta Za�ba dalam Kenangan oleh Abdullah Hussain, dan Biografi Usman Awang: Sebuah Benua Rusuh oleh Muhammad Haji Salleh. Biografi berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan riwayat hidup�. Lihat juga anekdot, autobiografi, hagiografi.
local colourwarna setempatKesusasteraanTiadaPerincian tentang sesuatu tempat atau daerah dari segi bahasa, dialek, adat resam, pakaian, dan sikap. Perincian ini digunakan untuk menghidupkan latar yang meyakinkan bagi sesebuah novel, naratif atau drama. Karya ini biasanya dihasilkan oleh pengarang tempatan (yang berasal dari tempat berkenaan) atau terbit daripada penyelidikan rapi tentang tempat tersebut. Karya bercorak warna setempat mula mendapat perhatian pada penghujung kurun ke-19 di Amerika Syarikat. Pada masa itu, timbul minat dalam kalangan pengarangnya untuk mengetahui perbezaan yang begitu ketara antara daerah dengan daerah benua yang luas itu. Seterusnya mereka memulakan penulisan bentuk cereka yang mencerminkan ciri-ciri khusus dan tersendiri tentang daerah berkenaan. Rata-rata perincian kedaerahan ini digunakan untuk menghiasi latar belakang sesebuah cereka. Namun, apabila perincian tersebut menjadi bahagian penting dalam sesebuah cereka, perincian itu dirujuk sebagai kedaerahan dan regionalisme. Antara penulis Amerika yang terkenal dengan karya seperti ini ialah Mark Twain yang menghidupkan persekitaran Mississippi dan George Washington Cable di daerah Selatan. Di luar Amerika Syarikat, penulis Inggeris Thomas Hardy memanfaatkan warna setempat Dorsetshire dalam novelnya yang mempunyai latar daerah Wessex. Di Perancis pula, penulis seperti Emile Zola banyak menghasilkan karya warna setempat. Dalam sastera Melayu moden, karya Shahnon Ahmad banyak memanfaatkan perincian tempat beliau dilahirkan dan dibesarkan, iaitu di Sik, Kedah seperti dalam novel berjudul R?nj?u Sep?nj?ng J?l?n. Contoh dalam bahasa Arab ditemui dalam trilogi Najib Mahfuz berjudul B?yn ?l-Q?sr?yn, Q?sr ?l-Sh?rq, dan ?l-Sukk?riy?h. Dalam sastera Parsi, warna setempat ditemui dalam S?ng-i S?bur oleh Sadiq Chubak.
guyotguyotSains MarinTiadaGunung berapi yang mempunyai puncak yang rata, lebih daripada 200 m (660 kaki) dari bawah permukaan laut. Hakisan ombak memusnahkan bahagian atasnya lalu membentuk puncak leper yang rata. Kebiasaannya gunung berapi ini mempunyai kecerunan sekitar 20 darjah dan diklasifikasikan sebagai guyot pada ketinggian 914 m. Guyot biasanya dijumpai di Lautan Pasifik. Guyot dikenali juga sebagai gunung laut atau gunung meja.
pro rata reinsurancereinsurans proratainsuransTiadalih. reinsurans berkadar.
leveller marktanda rataKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPenanda yang menentukan kesamarataan antara bahagian tepi dengan bahagian tengah kepingan logam.
flat amountamaun ratainsuransTiadaAmaun faedah atau bayaran premium yang tidak berubah.
flat deductiblededuktibel ratainsuransTiadaAmaun tetap yang ditolak daripada kerugian atau tuntutan dan tidak berbentuk deduktibel francais ataupun deduktibel lenyap.
flat commissionkomisen ratainsuransTiadaSkel komisen standard yang dibayar kepada ejen tanpa diambil kira jenis pendedahan atau polisi.
12345678

Kembali ke atas