spices | Rempah ratus | Pertanian | Tiada | Merujuk kepada tumbuhan yang digunakan sebagai perasa masakan. Bahagian tumbuhan yang digunakan sama ada daun, buah, biji, bunga, kulit batang, batang dan akar. Rempah ratus mempunyai aroma dan rasa yang tersendiri yang boleh menambah rasa dan warna pada masakan. Perasa masakan ini biasanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Contoh rempah ratus ialah serai, daun kesom, ketumbar, kunyit, halia, kayu manis dan jintan manis. |
herbs and spices | rempah ratus | Herba | Tiada | Pelbagai campuran bahan rempah dan herba seperti kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, jintan dan lada hitam. Rempah ratus digunakan dalam masakan dan penjagaan kesihatan. |
nanosilicate | nanosilikat | Fizik | Nanoteknologi | Bahan silika yang mempunyai struktur berliang yang banyak dan keluasan permukaan beberapa ratus meter persegi per gram. Contohnya, silikon dioksida (SiO2) berliang yang dapat disediakan dengan saiz liang berukuran beberapa mikrometer hingga mencapai 1 nm mengikut keperluan industri. Sifatnya yang utama adalah mempunyai ketahanan dan kestabilan haba, mekanik dan kimia disebabkan oleh rangkaian silika yang tegar dan tak termampat yang tinggi. Antara penggunaannya ialah sebagai pemangkin untuk mengasingkan bahan cemaran udara, reaktor membran dan sensor. |
nanoporous structure | struktur nanoliang | Fizik | Nanoteknologi | Struktur bahan yang terdiri daripada liang bersaiz nanometer dan struktur ini dikaitkan dengan keluasan permukaan yang biasanya melebihi beberapa ratus meter persegi per gram dan saiz diameter liang dalam skala nanometer. Contoh bahan yang mempunyai struktur nanoliang ialah zeolit, yang digunakan sebagai penapis molekul dan polimer nanoliang yang digunakan sebagai membran elektrolit bagi sel bahan api. |
shallow water wave | ombak air cetek | Sains Marin | Tiada | Gelombang yang berlaku apabila nisbah antara kedalaman air dan panjang gelombangnya menjadi sangat kecil. Contohnya, tsunami mempunyai panjang gelombang yang sangat besar (beratus-ratus km) dan bertindak sebagai gelombang air cetek dalam air lautan. |
missa pro defunctis | missa requiem | Muzik | Tiada | Missa untuk orang yang telah meninggal dunia. Kandungan teks bagi gubahan jenis ini biasanya merangkumi gerakan atau bahagian seperti introit (Requiem aeternam), kyrie, graduate (Requiem aeternam) dan tract (Absolve, Domine), sequence (Dies Irae, dies ilia), offertory (Domine Jesu Christe), sanctus dan benedictus, agnus dei, communion (Lux aeterna luceat eis,Domine), dan responsory (Libera me). Teks missa requiem biasanya dalam bahasa Latin atau bahasa Jerman. Gubahan muzik berdasarkan teks missa requiem ini dipelopori Ockeghem sekitar tahun 1470. Semenjak abad ke-16, beratus-ratus karya requeim telah dihasilkan. Palestrina, J.C. Bach, Cherubini, Verdi, Berlioz dan Beethoven adalah antara komposer yang telah menghasilkan karya jenis ini. Contoh karya adalah seperti Requiem Mass D minor, K. 626 (1791) oleh Mozart, Ein Deutsches Requiem, Op.45 (1868) oleh Brahms, dan War Requiem (1961) oleh Britten. |
incantation | mantera | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Melayu tradisional yang longgar bentuknya dan tidak tetap panjangnya. Apabila diucapkan, mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa ghaib atau magis yang dimanfaatkan untuk tujuan pembomohan dan pensihiran. Mantera merupakan rumus suci Hindu yang mempunyai ungkapan mistik dan disampaikan kepada dewa. Mantera dikenali juga sebagai formula magis, jampi atau sihir. Mantera merupakan bentuk puisi terawal yang dicipta oleh manusia. Penghasilan mantera berupa gugus-gugus perkataan yang dipilih dan distrukturkan dengan tujuan asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk ghaib dan alam. Mantera disebut juga sebagai ritual bahasa kerana membentuk sebahagian daripada ritual pembomohan dan pensihiran, manakala sebahagian lagi disebut ritual perlakuan. Dalam dunia Melayu, mantera dikenali sebagai jampi, serapah, tawar, sembur, cuca, puja dan seru. Setiap bentuk mantera disusun khusus untuk sesuatu tujuan. Oleh itu, terdapat beratus-ratus mantera di alam Melayu yang setiap satunya berbeza dan bergantung pada tujuannya. Contohnya, mantera untuk tujuan pemanis adalah seperti yang berikut: Kain peta limau manis, Mari kulipat di dalam talam, Bagai kain pakai manis, Seperti asam dengan garam. Istilah mantera berasal daripada bahasa Sanskrit mantara, manir atau mata yang bermaksud �rumus yang berentak� atau `chhandas yang mengisi bahagian hymns dalam kitab Vedas�. |
syair | syair | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengandungi karangan bersajak yang terdiri daripada empat baris satu rangkap, dan empat perkataan sebaris dengan jumlah suku kata 7-12 sebaris. Syair memperlihatkan pola rima ?, ?, ?, ? untuk setiap rangkap dan setiap barisnya membawa makna kepada setiap rangkap. Syair mempunyai kaitan dengan puisi Arab shi�r atau saj�, tetapi bentuknya tidak menampakkan persamaan dengan bentuk puisi tersebut atau bentuk puisi Arab yang awal. Syair secara formalnya diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri pada kurun ke-17 melalui karyanya Rubai Hamzah Fansuri. Semenjak itu, syair menjadi genre puisi yang amat popular dalam kalangan pengarang Melayu tradisional. Syair diperkenalkan selepas kedatangan Islam, oleh itu syair merupakan puisi yang disampaikan dalam bentuk bertulis. Syair mempunyai persamaan dengan pantun iaitu terdiri daripada empat baris satu rangkap, tetapi berbeza dari segi skema rimanya. Skema syair ialah ?, ?, ?, ? manakala skema pantun ialah ?,b, ?,b. Syair mempunyai rangkap yang bukan merupakan unit-unit makna yang bebas. Makna syair dimunculkan melalui perkembangannya dalam rangkap yang berurutan. Tema syair biasanya berplot, contohnya, contohnya, syair naratif yang berbentuk roman seperti Syair Agong. Syair boleh pendek dan terdiri daripada beberapa rangkap, iaitu syair nasihat atau syair agama. Syair boleh menjadi panjang sehingga beratus-ratus bait terutamanya syair naratif. Syair juga boleh dilagukan untuk diperdengarkan, justeru baris-baris syair dikawal oleh lagu, sehinggakan terdapat perkataan yang tidak membawa makna tetapi dimasukkan untuk memenuhi keperluan lagu tersebut. Syair mencakupi tema yang tidak terbatas, daripada yang bersifat fiksyen kepada sejarah, daripada syair roman kepada nasihat, agama dan falsafah, dari yang berfungsi sebagai hiburan kepada yang serius, didaktik, dan berunsur dakwah. Contoh syair yang popular ialah Syair Siti Zubaidah dan Selendang Delima. Contoh satu rangkap syair adalah seperti yang berikut: Wahai anakanda hendaklah ingat, Hidup di dunia amatlah singkat, Banyakkan amal serta ibadat, Supaya selamat dunia akhirat. Syair berasal daripada bahasa Arab shi�r yang bermaksud �puisi�. Lihat juga pengisi matris, shi`r. |