Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.ak.si] | رياکسي

Definisi : (réaksi) 1. gerakan atau aksi yg lahir kerana sesuatu pengaruh (tindakan dll): sistem sosialis merupakan ~ kpd sistem liberal demokrasi; 2. penentangan (perlawanan) yg timbul kerana sesuatu tindakan (aksi): kecaman-kecamannya telah menimbulkan suatu ~ yg hebat dlm akhbar-akhbar; 3. Id akibat (hasil) drpd ubat dll yg digunakan; bereaksi memberi reaksi (pertentangan, perubahan, dll): aku ~ lebih baik terhadap wanita; mereaksi Id mengadakan reaksi; pereaksi Id alat utk mengadakan reaksi dlm kimia (kertas litmus utk mengetahui barang yg mengandungi asid atau alkali dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.ak.si] | رياکسي

Definisi : /réaksi/ tindakan yg dibuat akibat sesuatu perbuatan atau tindakan lain (sebelumnya); tindak balas: Mereka akan bertindak sbg ~ kpd peraturan yg ketat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reaksi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan respons, tindak balas, sambutan, jawapan, balasan, maklum balas;,
Kata Terbitan : bereaksi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reaction timemasa reaksiSains SukanBiomekanikMasa yang diambil untuk bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan. Masa reaksi melibatkan integrasi pada bahagian tinggi pusat sistem saraf, iaitu melibatkan persepsi. Masa reaksi dilihat dari tempoh mula penerimaan rangsangan sehingga bermulanya gerak balas. Masa reaksi seseorang individu adalah berbeza dan dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan individu itu sendiri. Dalam sukan, kepantasan dan masa reaksi ialah elemen penting untuk kejayaan prestasi kecergasan fizikal dalam kebanyakan kemahiran sukan.
underreactionreaksi kurangSains KesihatanTiadaPengecutan otot ekstraokular yang lemah.
overreactionlebih reaksiSains KesihatanTiadaPengecutan otot ekstraokular secara berlebihan.
alarm reactionreaksi geraPendidikanTiadaTiada
normal reaction forcedaya reaksi normalSains SukanBiomekanikDaya yang bertindak secara bersudut tepat antara permukaan yang bersentuhan.
law of reactionhukum reaksiSains SukanBiomekanikHukum Newton Ketiga yang menyatakan bahawa bagi setiap tindakan daya, terdapat satu daya yang sama bertindak balas pada arah yang bertentangan.
discrimination reaction timemasa reaksi diskriminasiSains SukanBiomekanikSituasi yang memerlukan individu memilih pelbagai jenis gerak balas yang sesuai mengikut jenis rangsangan yang boleh diterima daripada persekitaran.
simple reaction timemasa reaksi mudahSains SukanBiomekanikSituasi yang memerlukan individu memilih satu gerak balas sahaja daripada satu jenis rangsangan persekitaran yang diterima.
choice reaction timemasa reaksi pilihanSains SukanBiomekanikSituasi yang memerlukan individu memilih satu jenis gerak balas sahaja daripada pelbagai jenis rangsangan persekitaran yang diterima.
serum sicknessserum sickness, penyakit reaksi serumPerubatanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas