Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[réa.li.ti] | رياليتي

Definisi : (réaliti) keadaan yg nyata (bukan khayalan), kenyataan, hakikat: mereka ber­jumpa Oliver Twist utk mengikuti ~ hidup kanak-kanak yg sebenarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
realiti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan kenyataan, kebenaran, hakikat, fakta, realitet.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reality effectkesan realitiKesusasteraanTiadaButiran dunia realiti yang tidak berfungsi untuk mengembangkan plot sesuatu cerita tetapi merupakan dariapda realiti yang dipaparkan. Butiran ini dianggap penanda untuk mengesahkan kesahihan realiti tersebut. Kesan realiti berkaitan dengan aliran realisme yang muncul sebagai respons kepada aliran romantisisme yang mengatakan bahawa penulis sastera harus menggambarkan kehidupan yang ideal. Penulis kesan realiti gemar memilih objek biasa, tetapi melalui teknik penceritaan, objek itu digambarkan secara terperinci untuk melahirkan kesan realiti yang menarik perhatian pembaca. Contohnya, novel Mereka yang Tertewas oleh Hasanuddin Md. Isa (1993). Novel ini menggambarkan secara terperinci keadaan Kampung Bukit Setugal untuk melahirkan kesan realiti seperti yang berikut: �...sebatang sungai mengalir, di puncak Bukit Setugal ia berpunca. Sungai itu membelah tanah-tanah sawah yang terbentang sesayup mata memandang. Aur-aur yang menumpang berdiri di tepi-tepi tebing sungai itu meliuk-liuk dedaunnya bergeseran setelah ditiup angin. Sungai Cheneor yang secara tidak rasmi dinamakan oleh peneroka awal Bukit Setugal, setiap hari sejak wujudnya, ia tetap matang, waras dan dewasa dengan pengalamannya. Airnya yang deras tetap menghanyutkan sampah-sarap, membiakkan anak-anak baung, temalian, kenerap, patin, jelawat, sengiring, tilan, kelah, tapak belida dan puluhan jenis ikan-ikan lagi.� Kutipan petikan novel di atas sarat dengan butiran dunia kampung sehingga menjadikan gambarannya hidup dan meyakinkan.
contrastive worlddunia kontrastifKesusasteraanTiadaDunia fiksyen yang memerihalkan realiti seharian dengan menampilkan dua realiti yang saling kontras. Dua realiti yang dimaksudkan ialah dunia yang dicipta berdasarkan realiti seharian dan fantasi. Dunia kontrastif kerap ditemui dalam fiksyen sains dan naratif fantasi. Lihat juga dunia aditif.
absurdabsurdKesusasteraanTiada1. Istilah yang berasal dari perkataan Latin 'absurdum' bermaksud sesuatu yang bertentangan atau tidak selari. 2. Sesuatu yang tidak menggambarkan realiti, tetapi menggambarkan di sebalik realiti dan merupakan realiti.
spatial computingpengkomputeran reruangTeknologi MaklumatTiadaGabungan dunia digital dan fizikal dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan, realiti maya (VR) dan realiti terimbuh (AR) untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer.
additive worlddunia aditifKesusasteraanTiadaDunia fiksyen yang lengkap, mewah dan beraneka ragam, dan lebih menyerlah daripada dunia realiti, yang memerihalkan bahawa realiti ialah dunia aditif, dunia substraktif dan dunia kontrasif.
virtual reality (VR)realiti maya (VR)Teknologi Maklumate-PembelajaranPersekitaran buatan janaan komputer yang direka bentuk menyerupai kewujudan fizikal seseorang dalam persekitaran seolah-olah benar untuk pengguna mengalami dan memanipulasi persekitaran tersebut seperti dalam dunia nyata. Kebanyakan persekitaran realiti maya berdasarkan pengalaman visual yang dipaparkan melalui skrin komputer atau paparan stereoskopik. Contoh realiti maya dalam e-pembelajaran ialah avatar, muzium maya, makmal maya dan simulator penerbangan.
displacementpengalihanKesusasteraanTiadaTeknik penulisan sains fiksyen yang mengubah realiti menjadi mitos. Mitos tercipta apabila unsur metafora dalam realiti dihidupkan dalam bentuk cerita.
magical realismrealisme magisKesusasteraanTiadaKaedah penulisan yang memaparkan perkara yang aneh, ajaib, luar biasa dan menakjubkan sebagai perkara biasa atau ghalib. Realiti yang diketengahkan oleh perkara ajaib dan luar biasa ini dianggap lebih berwibawa daripada realiti yang objektif. Tidak seperti cereka fantasi yang menggambarkan perkara aneh tetapi memperakukan keanehannya, realisme magis menyifatkan perkara aneh ini sebagai sesuatu yang lumrah. Berbanding surealisme yang menekankan aspek ketidaklogikan perkara ajaib yang dipaparkan, realisme magis menganggap perkara tersebut sebagai sebahagian daripada realiti harian dan tidak banyak berbeza. Realisme magis bertujuan untuk memperluaskan horison realiti serta menjangkau perkara yang di luar taakulan logik yang meliputi agama dan mitos. Istilah ini diperkenalkan oleh pengkritik Jerman Franz Roh pada tahun 1925. Konsep ini menarik perhatian Alejo Carpentier, penulis Cuba yang berada di Eropah yang mengandaikan bahawa realisme magis begitu sesuai dengan benua Amerika Latin. Benua ini luas dan kaya dengan kepercayaan, adat resam, sastera rakyat, dan mitosnya yang dibauri oleh elemen magis dan keajaiban. Realisme magis terus menapak dalam tradisi sastera Amerika Latin, walaupun penulis dari negara lain juga memaparkan realisme magis dalam karya mereka. Antara contoh terpenting yang menerapkan realisme magis ialah novel berjudul Cien Anos de Soledad atau One Hundred Years of Solitude oleh novelis Colombia Gabriel Garcia Marquez yang diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan judul Sumpah Tujuh Keturunan oleh Zulkifli Ahmad. Novel ini memasukkan pelbagai peristiwa seperti anak kecil yang makan lumpur, watak yang terbang ke syurga, wabak sukar tidur, kealpaan yang meluas dalam kalangan penduduk sebuah masyarakat sehingga setiap benda perlu ditulis namanya untuk ingatan semua. Di luar Amerika Latin, penulis yang mengamalkan realisme magis termasuklah Gunter Grass, Angela Carter, John Fowles, Emma Tennant dan lain-lain. Contoh realisme magis dalam sastera Melayu ditemui dalam karya Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Hj. Muhammad dan Hujan Pagi oleh A. Samad Said. Lihat juga cerita seram, novel, novel gotik.
Plato�s cavegua PlatoKesusasteraanTiadaAlegori gua yang membezakan antara realiti dengan bayangan. Alegori gua yang terkenal ditulis oleh Plato dalam karyanya The Republic (Buku VII). Dalam alegori tersebut, ada beberapa orang yang diikat dengan rantai sambil menghadap dinding. Api yang menyala di belakang mereka memantulkan bayang-bayang pada dinding. Bayang-bayang ini dianggap sebagai objek sebenar atau realiti. Orang yang berjaya keluar daripada gua dan melihat dunia sebenar cuba meyakinkan penghuni gua tersebut bahawa apa yang dilihat hanyalah bayangan realiti. Akan tetapi, percubaan ini gagal. Alegori ini menerangkan perbezaan antara objek yang kelihatan dengan objek yang sebenar. Alegori merujuk kepada perihal kehidupan manusia di dunia iaitu bayang-bayang sering dianggap realiti. Alegori ini memberikan inspirasi kepada pembaca sastera untuk membezakan antara makna harfiah sesebuah teks dengan makna sebenar yang tersembunyi.
bovaryismbovarismeKesusasteraanTiadaKecenderungan individu yang lari daripada kenyataan dan menafikan realiti. Individu itu membayangkan dirinya sebagai wira atau wirawati dalam sesebuah fiksyen. Bovarisme berpunca daripada watak Emma Bovary sering mencampuradukkan angan-angan romantik dengan realiti. Pengarang sering mendedahkan bovarisme melalui ironi sebagai amaran kepada pendedahan berlebih-lebihan terhadap unsur romantik yang mempesonakan dan memperdayakan.
123456

Kembali ke atas