chant | dikir | Kesusasteraan | Tiada | Gabungan ucapan doa atau nyanyian yang disampaikan secara beramai-ramai dengan cara berlagu. Lagu disampaikan dalam bentuk pantun diiringi dengan paluan rebana dan alat muzik yang lain Gaya penyampaian seperti ini juga digunakan dalam gereja seperti Canta Gregory (Gregorian Chant), dan di kuil Hindu atau Buddha untuk lafaz mantera. Lafaz mantera dalam upacara buka panggung, teater wayang kulit, dan makyung juga dianggap dikir, malahan gaya membaca puisi juga menggunakan teknik dikir. Contoh yang terkenal ialah pantun yang digunakan dalam persembahan Dikir Barat. |
jikey | jikey | Kesusasteraan | Tiada | Teater rakyat yang dipersembahkan dengan rangkuman (gabungan) unsur muzik, tarian, dan dialog. Teater ini popular di Perlis dan Langkawi. Jikey mempersembahkan cerita tempatan seperti Mahsuri, Awang Kudis Buta, Batu Belah Batu Bertangkup, Naga kepala Tujuh, Bawang Putih Bawang Merah dan Pending Emas Pending Perak. Peralatan muzik jikey mengandungi violin, tamburin, tiga rebana pelbagai saiz, sebuah gong, dan lima pasang cerek yang diperbuat daripada kayu atau buluh. |
joget | joget | Muzik | Tiada | Lagu dan tarian sosial rancak Melayu yang bermeter kuadrupel dan mempunyai rentak empat bit. Pukulan gong pada setiap dua bit. Iramanya menggunakan tiga not per bit dan dua not per bit seperti yang terdapat dalam muzik Portugis dan Sepanyol. Lagu joget diiringi oleh ensembel asli atau ronggeng. Alat muĀzik yang terlibat termasuklah biola, akordian, rebana dan gong. Lagu joget mempunyai bentuk stropik yang berasaskan teks pantun, iaitu bahagian A dan B. Bahagian A ialah pembayang pantun dan bahagian B, maksud pantun manakala bahagian C pula berfungsi sebagai koda. Contoh lagu joget ialah Serampang Laut dan Hitam Manis. Joget dikenali juga sebagai ronggeng. Lihat juga pentas joget, ronggeng, branyo. |