Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.bu.san] | ربوسن

Definisi : barang apa yg direbus, sesuatu yg direbus: air ~ air yg sudah dipakai utk merebus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.bu.san] | ربوسن

Definisi : apa-apa yg direbus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rebusan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
decoctionrebusanHerbaPemiawaianPenyediaan ekstrak herba dengan merebus ramuan herba dalam air. Contohnya, rebusan akar tongkat ali (Eurycoma longifolia) untuk menghasilkan tonik.
herbal decoctionrebusan herbaHerbaTiadaCecair yang dihasilkan melalui proses perebusan bahan herba dengan air (500 ml) sehingga cecair ini mengurang menjadi separuh atau sepertiga daripada isi padu asal. Bahan herba kemudiannya ditapis dan airnya diminum ketika masih suam. Contohnya, rebusan tongkat ali dan kacip fatimah.
foaming indexindeks pembusaHerbaTiadaNilai kemampuan pembusaan suatu rebusan akueus bahan atau ekstrak herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan saponin dalam herba yang menentukan kualiti bahan mentah. Kaedah yang biasa digunakan adalah dengan menggoncang air rebusan herba selama 15 saat dan buih yang terhasil perlu kekal dalam tempoh 15 minit sebelum diukur ketinggiannya.
decoctionperebusanHerbaFitoterapiHasil rebusan yang diperoleh dengan perebusan bahagian-bahagian tumbuhan yang tertentu.
traditional preservationpengawetan tradisionalBuluhTiadaKaedah mengawet buluh atau kayu tanpa menggunakan bahan awet. Contohnya, pengasapan, rebusan, dan rendam dalam air. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah tanpa bahan kimia.
non-chemical methodkaedah tanpa bahan kimiaBuluhTiadaKaedah mengawet buluh secara tradisional tanpa menggunakan bahan pengawet. Contohnya, rawatan haba, pengasapan, rendaman dalam air, dan rebusan.

Kembali ke atas