Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.doks] | ريدوکس

Definisi : (rédoks) (Kim) gabungan proses pe­nurunan dan pengoksidaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.doks] | ريدوکس

Definisi : /rédoks/ ist gabungan proses pe­nurunan dan pengoksidaan dlm sesuatu tindak balas kimia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata redoks


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
redox indicatorpenunjuk redoksKimiaKimia AnalisisBahan yang digunakan untuk menunjukkan takat akhir suatu titratan redoks. Terdapat dua jenis, iaitu penunjuk redoks sebenar dan penunjuk redoks tentu. Penunjuk redoks sebenar ialah apabila bahan itu mempunyai warna keadaan terturun yang berlainan dengan warna keadaan teroksidanya dan perubatan warna terjadi apabila berlaku perubahan keupayaan sistem titratan, misalnya sebatian ferum (II) fenantrolin. Penunjuk redoks tentu ialah bahan yang berubah warna hasil tindak balas nya dengan salah satu spesies dalam sistem titratan misalnya kanji.
redox titrationpentitratan redoksKimiaKimia AnalisisPentitratan yang melibatkan tindak balas redoks, yang titik akhirnya ditentukan secara perubahan warna penunjuk redoks atau secara potensiometri.
ion-electron methodkaedah elektron ionKimiaKimia AnalisisKaedah yang digunakan bagi mengimbangkan persamaan redoks. Kaedah ini membahagi tindak balas redoks kepada dua persamaan separa iaitu yang mewakili pengoksidaan dan yang mewakili penurunan. Dalam larutan akueus, H+, OH-, H2O dan elektron ditambah. Tindak balas yang lengkap didapati dengan menggabungkan kedua-dua persamaan separa itu.
oxidation-reduction indicatorpenunjuk pengoksidaan-penurunanKimiaKimia Analisislih. penunjuk redoks.
electrochemical cellsel elektrokimiaKimiaKimia AnalisisGabungan dua elektrod yang tersusun supaya tindak balas redoks (pengoksidaan-penurunan) yang berlaku di dalamnya menghasilkan suatu daya gerak elektrik. Contohnya seperti sel kering, sel bahan dan sel elektrolit pepejal.
biamperometric titrationpentitratan biamperometriKimiaKimia AnalisisPentitratan amperometrik yang menggunakan dua elektrod berkutub yang serupa, atau elektrod penunjuk yang serupa untuk mengesan titik akhir tindak balas redoks di antara bahan yang dititrat dengan pentitrat.
cyclic voltammetryvoltammetri berkitarKimiaKimia AnalisisKaedah elektrokimia bagi mengkaji perubahan keupayaan pada suatu elektrod yang melibatkan sapuan keupayaan secara ulang-alik. Kaedah ini sesuai untuk mengkaji sama ada suatu tindak balas redoks itu berbalik atau tidak.

Kembali ke atas