Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.fe.rén.dum] | ريفريندوم

Definisi : (réferéndum) pemungutan suara rakyat berhubung dgn sesuatu dasar politik, dsb yg penting, pungutan suara: dgn ~ ini, semua rakyat ditanyai buah fikiran mereka berkenaan sesuatu masalah yg besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata referendum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
referendum initiativeinisiatif referendumSains PolitikPolitik PerbandinganUsaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa atau pihak bebas untuk mengadakan satu referendum bagi menetapkan sesuatu keputusan. Inisiatif ini boleh bersifat gesaan, menyerah surat, memo kepada pihak berkenaan, melobi di dewan perundangan atau di peringkat antarabangsa. Melalui referendum yang dilaksanakan, golongan yang mengambil inisiatif ini mengharapkan keputusan yang dibuat akan menguntungkan mereka. Contohnya, pemimpin pertubuhan Gerakan Acheh Merdeka telah membuat inisiatif referendum supaya usaha diadakan bagi memutuskan kedudukan wilayah tersebut dalam negara Indonesia.
referendumreferendumSains PolitikPolitik PerbandinganLihat pungutan suara.
referendumpungutan suaraSains PolitikPolitik PerbandinganBancian pendapat mengenai sesuatu isu yang penting dalam sebuah negara yang memerlukan satu keputusan segera anggota masyarakat. Pungutan suara ini akan menggambarkan pandangan atau pilihan masyarakat manakala kerajaan akan bertindak berasaskan keputusan tersebut. Dalam referendum ini, orang ramai diberi pilihan dan menandakannya di dalam kertas undi yang diedar. Kebiasaannya satu hari atau minggu khas diadakan untuk referendum ini. Contohnya, rakyat wilayah Acheh telah mengadakan referendum dalam isu untuk kekal atau keluar dari Indonesia. Sinonim referendum.
cessionpenyerahan wilayahSains PolitikPolitik PerbandinganProses mengembalikan sesuatu wilayah kepada masyarakat atau negara yang berhak ke atasnya yang selama ini dikuasai oleh pihak asing. Proses ini dapat dilaksanakan melalui tiga cara utama. Pertama, melalui proses tuntutan atau desakan yang dibuat oleh masyarakat atau negara tersebut ke atas pihak asing yang telah lama menguasai wilayah tersebut. Tuntutan atau desakan tersebut kebiasaannya dilakukan melalui gerakan yang bersifat nasionalisme, cintakan negara atau melalui slogan berkerajaan sendiri. Melalui tuntutan dan desakan yang kuat akhirnya pihak asing akan akur dan menyerahkan wilayah tersebut seperti penyerahan Fiji oleh kerajaan British. Kedua, penyerahan wilayah yang terhasil ekoran daripada tamat tempoh penguasaan pihak asing ke atas wilayah itu. Penyerahan ini dibuat sebagai memenuhi perjanjian yang telah dibuat antara pihak asing dengan negara yang berhak ke atas wilayah tersebut seperti penyerahan Hong Kong kepada China oleh British. Ketiga, melalui pungutan suara atau referendum yang diadakan dengan hasil keputusan, wilayah tersebut terpaksa dikembalikan seperti penyerahan Sarawak kepada Inggeris oleh kerajaan Brooke.

Kembali ke atas