Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.for.ma.si] | ريفورماسي

Definisi : (réformasi) perubahan atau pem­baharuan yg mengarah kpd keadaan yg lebih baik, mis dlm sistem sosial, politik, dan ke­budayaan sesebuah masyarakat: maka lahir­lah ~ gereja Protestan yg memisahkan diri dr gereja Katolik; bahasa Melayu sedang mengalami ~; mereformasi membuat reformasi pd: ke­perluan utk ~ sistem pendidikan agama yg ada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
reformasi
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :baharu, pembaharuan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reformationreformasiSains PolitikPolitik PerbandinganPenyusunan semula sesuatu perkara secara besar-besaran seperti penyusunan tanah negara, rombakan undang-undang atau perlembagaan, penyemakan semula sistem pendidikan atau pemurnian kembali ajaran agama sesebuah masyarakat. Perubahan yang menyeluruh dilakukan apabila sesuatu keadaan itu tidak Iagi memberi manfaat seperti yang diharapkan. Oleh itu, pembaharuan perlu dilakukan supaya keadaan ini tidak menjadi Iebih buruk. Contohnya, Dasar Ekonomi Baru merupakan salah satu bentuk pembaharuan dalam menyusun semula masyarakat Malaysia. Sinonim pembaharuan.
agrarian reformreformasi agrariaSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan yang bertujuan mengubah hala tuju dan orientasi sektor pertanian. Tindakan ini diambil ekoran daripada persaingan yang wujud antara sektor pertanian dengan perindustrian serta kebimbangan terhadap terpinggirnya sektor ini dalam sumbangannya kepada pembangunan negara. Melalui program pemulihan, sektor pertanian diberi orientasi yang bersifat komersial dalam setiap produktiviti yang dihasilkan. Contohnya, pembaharuan agraria di Malaysia yang dibuat melalui penerokaan tanah pertanian seperti tanah rancangan FELDA dan FELCRA. Sinonim pembaharuan agraria/pemulihan agrarian.
agrarian reformreformasi agrariaPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu pembaharuan polisi penggunaan tanah yang dibuat melalui perubahan perundangan dan pentadbiran tanah serta penggunaan teknologi moden bagi meningkatkan produktiviti.
reformationpembaharuanSains PolitikPolitik PerbandinganLihat reformasi.
agrarian reformpembaharuan agrariaSains PolitikPolitik PerbandinganLihat reformasi agraria.
agrarian reformpemulihan agrariaSains PolitikPolitik PerbandinganLihat reformasi agraria.
pragmatic theory of artteori pragmatik seniKesusasteraanTiadaTeori yang mengutamakan fungsi praktikal dan sosial sastera melebihi fungsi estetiknya. Teori ini dicetuskan daripada aliran naturalisme dan realisme yang mementingkan reformasi sosial dalam penulisan sastera. Teori pragmatik seni bercanggah dengan teori objektif sastera yang diperkenalkan oleh M.H. Abrams. Teori ini menganggap puisi bversifat autonomi dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana elemen luaran seperti sejarah dan sosial. Lihat juga naturalisme, realisme.
miracle playdrama mirakelKesusasteraanTiadaDrama yang bersifat keagamaan dan mengisahkan para wali Kristian dan Virgin Mary tetapi tidak bersumberkan kitab Bible. Bentuk persembahan drama ini tidak wujud di England akibat peristiwa pembakaran buku agama oleh golongan reformasi. Walau bagaimanapun, sejumlah 42 buah drama mirakel masih wujud di Perancis, dan dikenali sebagai Miracles de Notre-Dame.
puritanismpuritanismeKesusasteraanTiadaPegangan agama Kristian yang menekankan ketegasan dan kepatuhan dalam hal moral dan agama. Pada awalnya, puritanisme merujuk kepada prinsip dan cara hidup kumpulan Puritan, iaitu kumpulan orang Protestan di England. Pada abad ke-16, kumpulan ini menuntut reformasi dalam doktrin dan upacara sembahyang. Pada abad ke-17, puritanisme menjadi pegangan sebuah parti politik yang mempunyai kuasa besar. Kumpulan ini menaiki kapal Mayflower untuk datang ke Dunia Baharu, iaitu Amerika. Mereka bercita-cita mendirikan kerajaan berdasarkan sistem keagamaan yang dianggap tulen. Pemikiran puritanisme ini mempengaruhi pengarang awal di Amerika.
mass movementpergerakan massaSains PolitikPolitik PerbandinganPerhimpunan secara besar-besaran yang dipengaruhi oleh sesuatu isu, kepimpinan atau kejadian. Orang ramai yang dimobilisasikan secara bersama ini akhirnya akan mendesak kerajaan untuk memenuhi tuntutan mereka serta mengharapkan keputusan yang segera. Sekiranya tuntutan ini tidak dipenuhi oleh pemerintah, ia boleh menjadi serius dan membawa kepada ketidakstabilan politik. Pergerakan Reformasi di Indonesia pada tahun l998 dapat dianggap sebagai pergerakan ramai yang menuntut peletakan jawatan Presiden Soeharto. Sinonim pergerakan ramai.
12

Kembali ke atas