larva | rega | Perikanan | Akuakultur | Lihat larva. |
larva | larva | Perikanan | Akuakultur | Peringkat selepas penetasan telur dan masih mempunyai kantung telur sebagai sumber makanan. Sinonim rega. |
moina | moina | Perikanan | Akuakultur | Sejenis kutu air atau zooplankton air tawar halus dari kumpulan Kladosera yang digunakan sebagai makanan hidup kepada rega, benih ikan atau udang air tawar. |
Daphnia magna | Daphnia magna | Perikanan | Akuakultur | Sejenis zooplankton yang sangat halus dan dijadikan sebagai makanan untuk benih ikan pada peringkat asuhan juvenil. Saiz Daphnia magna lebih besar daripada moina, iaitu sekitar 800 – 5100 mikron. Daphnia magna kurang sesuai diberikan kepada rega atau benih ikan yang mempunyai saiz bukaan mulut kurang daripada 1000 mikron dan mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi terutamanya protein, iaitu sekitar 60% (berat kering). Apabila persekitaran tidak sesuai, Daphnia magna berupaya untuk membiak dengan sendiri dan menghasilkan telur sehingga 300 biji. |
protozoa | protozoa | Perikanan | Akuakultur | Organisma satu sel yang paling ringkas dalam alam haiwan. Protozoa mempunyai ciri-ciri seperti tumbuhan, iaitu boleh melakukan fotosintesis. Kebanyakan protozoa bersaiz 10 – 52 mikron. Protozoa mendiami pelbagai tahap tropik dan boleh digunakan sebagai makanan hidup peringkat awal rega ikan hiasan. Contoh protozoa ialah Amoeba dan Paramesium. |