household stock | air rebusan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Air daripada rebusan tulang, reja-reja daging, ikan dan sayur. |
edible portion | bahagian boleh dimakan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bahagian makanan yang tinggal dan boleh dimakan selepas reja-reja, kulit, tulang, lemak dan lain-lain dikeluarkan. |
reamer | pelulas | Teknik | Elektrik | Alat yang digunakan untuk membesarkan atau mengemaskan lubang yang telah digerudi sebelumnya atau untuk membuang reja-reja dalam pembuluh. Alat ini berbentuk kerucut dan perlu dipasang pada gerudi sebelum boleh digunakan. |
stock | stok; saham; kalau | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 4. Kaldu: Cecair daripada penstewan tulang, daging, ikan, sayur dan lain-lain sebagai bahan asas sup, kuah dan sebagainya.,5. Air rebusan daripada tulang, reja-reja daging, ikan dan sayur. |
edging grinder | mesin reja; penyerpai reja | Perhutanan | Tiada | Tiada |
slasher | pemotong reja | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Alat yang terdiri daripada beberapa bilah gergaji talam yang dipasang pada aci dan disusun pada jarak antara 48 cm hingga 120 cm. Alat ini digunakan untuk memotong reja sayung, reja tepi, dan sisa kayu yang lain mengikut ukuran yang sesuai untuk kayu api atau kayu pulpa, atau untuk memudahkan proses pengangkutan ke bahagian pembakar sisa. |
refuse burner | pembakar sisa | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Alat yang dibina khas untuk membakar semua sisa kayu daripada kilang pemprosesan, seperti reja kayu, reja sayung, habuk kayu, dan kulit kayu yang tidak digunakan. Sebahagian daripada haba yang dihasilkan boleh digunakan untuk memanaskan air, bagi menghasilan wap yang digunakan untuk prses pengeringan kayu. |
paring | reja | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Reja: Kepingan tipis atau lebihan sesuatu setelah dipotong. |
dead metal | logam reja | Kesenian | Tiada | Reja atau lebihan logam daripada plat cetak timbul yang tidak digunakan. |
hog fuel | reja bahan api | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Sisa kayu yang telah diproses menggunakan mesin reja kepada ukuran yang sesuai untuk digunakan sebagai bahan api dalam tahur dan dandang industri. |