guardrail | rel adang | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
chair rail | rel kerusi | Kesenian | Hiasan Dalaman | Unsur yang dipasang secara melintang di permukaan dinding pada ketinggian kerusi supaya dinding tidak rosak atau tercalar akibat terkena geseran belakang kerusi. Unsur ini kebiasaannya diperbuat daripada logam atau kayu keras. |
plate rail | rel pinggan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Hiasan dinding mendatar dan mempunyai alur atau ruang yang digunakan untuk mempamerkan pinggan. |
fuel rail | rel bahan api | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pembuluh dalam sistem bahan api yang mengagihkan bahan api kepada penyuntik dalam sistem suntikan bahan api. |
sleeper | landasan | Perhutanan | Tiada | 1. Kayu yang digergaji atau ditarah mengikut ukuran piawai tertentu bagi mengalas rel kereta api yang digunakan secara langsung atau dengan menggunakan alat khas. Spesies kayu yang biasa digunakan ialah kayu keruing dan kempas yang diawet. 2. Kepingan kayu yang kuat yang disusun di atas tanah untuk menyokong atau mengalas kayu-kayu lain untuk tujuan tertentu, misalnya untuk pengeringan. |
light rapid transit (LRT) | transit laju ringan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Sistem transit atau pengangkutan awam yang beroperasi menggunakan rel, berkeupayaan membawa seramai 20 000 orang/jam serta mempunyai kekerapan perkhidmatan yang tinggi. |
mass rapid transit (MRT) | transit laju massa | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Sistem transit atau pengangkutan awam yang beroperasi menggunakan rel, berkeupayaan membawa lebih 40 000 orang/jam sehala dan mempunyai kekerapan perkhidmatan yang tinggi. |
acorn | akorn | Kesenian | Hiasan Dalaman | Ukiran perhiasan yang dibuat berdasarkan imej tumbuhan atau buah-buahan, seperti pokok oak pada kayu, batu atau logam. Bentuk ukiran ini banyak terdapat pada binaan puncak tiang, kepala tangga, rel langsir atau hulu tongkat. |
fuel system | sistem bahan api | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem yang menghantar bahan api dan udara dalam kuantiti tertentu ke dalam kebuk pembakaran. Sistem ini merangkumi tangki dan talian bahan api, tolok pengukur, pam bahan api. sistem suntikan bahan api atau karburetor, dan rel bahan atau pancarongga pengambilan. |
rail | susur | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahagian mendatar yang terdapat pada kerangka, panel tingkap atau pintu. Dalam pertukangan kayu, susur merujuk kepada sebarang anggota mendatar yang diikat menggunakan tanggam lubang puting atau dengan cara lain di antara atau di atas dua tiang yang menyebabkan pembentukan kerangka atau panel yang berikut: a. pagar, sama ada petak pengurungan dibentuk dengan hanya dua rel selari atau lebih untuk membolehkannya dipaku kepada anggota menegak atau tiang; b. koping pada selasar yang dikenali sebagai selusur tangan, yang terdapat pada tangga; c. bingkai pada panel, pintu, tingkap atau gambar dengan anggota mendatar dan menegak bingkai bertindak sebagai penerima panel; d. susur batu berbentuk besar dan berat, dipahat dengan hiasan yang teliti serta bertindak sebagai pagar upacara kepada lereng curam kuil Buddha purba; e. gegalang, iaitu bebatang mendatar yang digunakan sebagai alat gantung untuk tuala dan langsir; f. gelangsar, iaitu kekotak untuk meluncur atau menggelincir pintu atau pintu lipat gelangsar, sama ada dipasang secara gantung di sebelah atas atau dipasang di bawah pintu. |