Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.la.tif] | ريلاتيف

Definisi : (rélatif) bkn sesuatu yg berdasarkan perbandingan atau saling berkait dgn sesuatu yg lain, tidak mutlak, nisbi, bandingan: se­benarnya kesopanan itu satu konsep ~; kini usia kemerdekaan telah memberikan pe­ngalaman kehidupan yg secara ~ boleh di­katakan memadai sehingga pd satu pering­kat; kerelatifan perihal (keadaan dsb) relatif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.la.tif] | ريلاتيف

Definisi : /rélatif/ secara perbandingan: kekerapan ~ kekerapan sesuatu (kejadian dll) berbanding dgn jumlah keseluruhannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata relatif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
relative angular positionposisi bersudut relatifSains SukanBiomekanikOrientasi satu garisan relatif kepada garisan yang lain atau satah yang mungkin tidak berubah yang diwakili oleh unit darjah atau radian.
relative errorralat relatifKimiaKimia AnalisisNisbah magnitud ralat terhadap nilai sebenar. Biasanya dinyatakan dalam peratus atau peribu Ralat relatif % = (ralat/nilai sebenar) X 100
selectivity coefficientpekali kepilihanKimiaKimia AnalisisIndeks yang menentukan gerak balas relatif kebolehan memilih ion tertentu daripada ion-ion lain. Gerak balas relatif sesuatu elektrod terhadap suatu ion (B) terhadap ion yang dikaji (A), pada kepekatan yang sama
relative velocityhalaju relatifSains SukanBiomekanikHalaju yang tidak berkaitan dengan halaju jasad, seperti halaju persekitaran.
relative anglessudut relatifSains SukanBiomekanikSudut yang terbentuk di antara paksi longitud dua segmen bersebelahan. Lihat juga paksi longitud.
relative retentionpenahanan relatifKimiaKimia AnalisisFaktor penahanan dalam kromatografi gas yang didapati dengan membandingkan faktor penahanan suatu analit dengan faktor penahanan yang sama bagi suatu piawai.
relative densityketumpatan relatifKejuruteraanTiadaNisbah jisim bagi isi padu tertentu bahan kepada jisim isi padu yang sama bagi air pada suhu 4øC. Sinonim: graviti tentu.
relative densityketumpatan relatifPerhutananTiadaNisbah berat keringan ketuhar sampel terhadap berat isi padu air yang sama dengan sampel pada takat lembapan tertentu, seperti keringan udara, keringan ketuhar dan keringan basah.
relieve humiditylembapan relatifPenilaian Harta TanahTiadaTiada
drug extract ratio (DER)nisbah drug ekstrakHerbaTiadaNisbah antara kuantiti bahan herba yang digunakan dalam pengilangan sediaan herba dengan kuantiti sediaan herba yang dihasilkan. Angka di sebelah kiri menyatakan kuantiti relatif bahan herba sementara angka di sebelah kanan menyatakan kuantiti relatif sediaan herba yang terhasil. Nisbah ini menyatakan kualiti ekstrak herba. Contohnya, 10 kg bahan herba yang menghasilkan 1 kg sediaan herba memberikan nisbah drug ekstrak 10 : 1.
1234

Kembali ke atas