furnace explosion coverage | perlindungan letupan relau | insurans | Tiada | Perlindungan insurans kebakaran terhadap letusan yang kuat dalam bahagian pembakaran relau. |
muffle furnace | relau mufel | Kimia | Kimia Analisis | Bekas yang diperbuat daripada tanah liat, tahan panas dilengkapi dengan pemanas dan mampu menghasilkan suhu yang tinggi dengan cepat. Ia digunakan untuk pemanasan lebih daripada 300ºC dan dapat mencapai suhu lebih 1000ºC. |
plaster of Paris | plaster Paris | Kesenian | Hiasan Dalaman | Campuran yang diperbuat daripada gipsum dan dipanaskan di dalam relau dan mengeras apabila dicampur dengan air. Plaster Paris digunakan untuk menghasilkan arca, siling, kornis atau hiasan lain. |
ash | abu | Perikanan | Akuakultur | Bahagian mineral dalam sesuatu sampel makanan. Bahagian ini dihasilkan dengan membakar sampel di dalam relau pada suhu 500°C selama 4 – 6 jam. Keadaan ini akan menyebabkan bahan organik terbakar dan meruap. Residu yang tertinggal dikenali sebagai abu. |
pottery | tembikar | Kesenian | Hiasan Dalaman | Barang-barang, seperti pinggan dan mangkuk, yang diperbuat daripada tanah liat yang dibakar dalam relau dan bergilap. |
flameless method | kaedah bukan nyala | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah pengatoman dalam spektroskopi serapan atom yang menggunakan elektrik sebagai sumber haba, contohnya pengatoman yang menggunakan pengatom relau graviti. |