swabber | jurucalit; alat calit | Kesihatan Awam | Tiada | 1. Jurucalit: Individu yang mengambil sampel tisu atau rembesan dari tekak atau hidung untuk digunakan sebagai bahan uji bagi mengesan virus penyebab penyakit. 2. Alat calit: Alat yang digunakan untuk mengambil sampel tisu atau rembesan di dalam tekak atau hidung yang dijadikan sebagai bahan uji bagi mengesan virus penyebab penyakit. |
vaginal secretion | rembesan vagina | Sains Forensik | Tiada | Cecair yang dirembeskan oleh vagina. Analisis cecair ini penting apabila objek asing telah dimasukkan ke dalam vagina seperti dalam kes deraan atau serangan seksual. Ahli forensik serologi menganalisis cecair ini menggunakan bahan uji asid periodik-Schiff (PAS) dengan mewarnakan sel epitelium berglikogen yang hadir dalam cecair vagina kepada warna merah. |
gleet | glet | Herba | Fitoterapi | Rembesan mukus atau lendir nipis yang kronik dari uretra atau vagina. |
cystorrhea | sistorea | Herba | Fitoterapi | Rembesan mukus dari pundi kencing ke dalam urin yang selalunya disebabkan oleh jangkitan. |
lactation | penyusuan | Sains Kesihatan | Tiada | Rembesan susu daripda kelenjar mamari. |
antiseborrheic | antiseboreik | Herba | Fitoterapi | Bahan yang berkesan melawan rembesan kelenjar sebum yang berlebihan. |
aldosteronism | aldosteronisme | Kejururawatan | Tiada | Keadaan yang disebabkan oleh rembesan hormon yang berlebihan. |
antisialagogue | antisialagog | Herba | Fitoterapi | Bahan yang mengurangkan penghasilan atau rembesan air liur. |
cholagogue | kolagog | Herba | Fitoterapi | Bahan yang boleh menyebabkan bertambahnya rembesan hempedu ke dalam usus. |
hypothyroidism | hipotiroidisme | Kejururawatan | Tiada | Keadaan yang terjadi akibat kekurangan rembesan hormon tiroid atau penghalangan tindakan hormon. Ciri klinikalnya ialah lemah, kulit kering dan bersisik, serta ketaktoleranan pada keadaan sejuk. Contoh, penyakit miksedema. |