Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ren.dam] | رندم

Definisi : ; berendam 1. berada di dlm air dll: jangan dibiarkan kain ~ lama-lama dlm air; mandi ~ di sungai; 2. = terendam tenggelam (dlm air), terbenam (dlm air), tergenang (dlm air): tanah yg sudah ditenggala itu dibiarkan ~ selama beberapa hari; 3. = terendam ki tidak berbuat kerja, tinggal di rumah sahaja, terbenam (dlm sesuatu hal pekerjaan dll): buat apa dia ~ di rumah sahaja?; ~ air mata tergenang dlm air mata, selalu menangis; ~ sesajak air, berpaut sejengkal tali prb perihal seseorang yg susah hidupnya (serba ke­kurangan); merendam menaruh sesuatu di dlm air dll beberapa lamanya: padi itu direndam di dlm air, kemudian diwap, dijemur, dan di­kering­kan; melemaskan lipas dgn ~nya dlm air; merendamkan menjadikan digenangi (air dll): sawah itu direndamkan dahulu; di­rendam tak basah prb a) sangat licin (tidak mudah dikalahkan, ditipu, dll); b) belum ada keputusannya (perkara); c) orang yg degil atau kikir; terendam 1. sudah direndam; 2. terbenam dlm air, tergenang; 3. ki tinggal lama di rumah (di suatu tempat dll); ~ sama basah, terampil sama kering prb sama-sama mahu mengerja­kan sesuatu pekerjaan (baik ringan mahupun berat), sangat setia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.dam] | رندم

Definisi : ; berendam 1 berada dlm air, lumpur dll: Setiap pagi dia mandi ~ di sungai. Kerbau suka ~ dlm lumpur. 2 terbenam atau tenggelam dlm air, lumpur dll: Tanah yg sudah dibajak itu dibiarkan ~ selama seminggu. merendam menaruh sesuatu dlm air: Dia ~ kain baju yg kotor itu dlm air sabun sebelum mencucinya. terendam 1 sudah diren­dam. 2 terbenam atau tenggelam dlm air dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rendam
Kata Terbitan : berendam, terendam,

Puisi
 

Daun pandan bunga melati,
     Rendam di air waktu pagi;
Baik cari bidan yang reti,
     Anakku lahir tak lepas lagi.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Rebus tak empuk.

Bermaksud :

Tak mudah dikalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Rendam tak basah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
immerserendamFizikTiadaTiada
immerserendamPerubatanTiadaMeletakkan di bawah permukaan air atau cecair lain.
immerserendamPerhutananTiadaTiada
immerserendamKejuruteraanTiadaTiada
immerserendamKimiaTiadaTiada
vertical soak diffusion (VSD)peresapan rendam tegakBuluhTiadaKaedah mengawet buluh dengan cara menyusun buluh yang telah ditebuk pada bahagian diafragmanya secara menegak, dan larutan bahan pengawet dituang ke dalam buluh bagi membolehkan larutan itu meresap ke dalam tisu buluh.
traditional preservationpengawetan tradisionalBuluhTiadaKaedah mengawet buluh atau kayu tanpa menggunakan bahan awet. Contohnya, pengasapan, rebusan, dan rendam dalam air. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah tanpa bahan kimia.

Kembali ke atas