Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ren.tas] | رنتس

Definisi : lintang; garis(an) ~ garis(an) yg melintang; keratan ~ keratan yg melintang; merentas 1. meretas, membuka, me­mutus­kan: kena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), me­min­tas, melintasi, menjalani: jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh dgn lalang; berlari ~ desa; 3. me­rintis; ~ jalan a) merintis (membuka) jalan; b) me­mintas jalan; 4. ki mencakup atau me­rangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu; rentasan garisan dll yg merentas: nilaian n dapat diperoleh dr ~ graf pd paksi melintang dan ~ graf pd paksi tegak; salah satu cara yg mudah sekali utk menggambarkan kontur ialah dgn melukis ~; perentas (Mat) garisan lurus yg memotong dua atau lebih garisan lurus; ® retas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.tas] | رنتس

Definisi : ; merentas 1 melalui atau menempuh jalan yg terdekat; memintas; melintasi: Mereka berlari ~ desa. Dia ~ padang yg penuh dgn lalang. 2 membersihkan hutan utk membuat jalan; merintis: ~ jalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rentas
Kata Terbitan : merentasi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
root chordrentas pangkalAeroangkasaTiadaRentas di pangkal sayap yang diukur pada satah simetri pesawat udara.
cross sectionkeratan rentasNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanPotongan lurus sampel pada sudut tepat ke paksi. Keratan rentas sampel disediakan dengan menggunakan mikrotom yang berfungsi sebagai pemotong sampel bersaiz ultranipis.
cross-border crimejenayah rentas sempadanKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan atau tindakan jenayah yang dilakukan oleh seseorang atau organisasi dalam sesebuah negara tetapi dilakukan secara rentas sempadan atau yang memberikan kesan kepada mangsa di negara lain. Lazimnya, perbuatan sebegini dilakukan dengan menggunakan ruang siber kerana memudahkan perlakuan jenayah. Contohnya, perbuatan penyeludupan dadah, senjata dan manusia dan penipuan siber.
coefficient, contractionkoefisien kisutHidrologiTiada(1) Nisbah kepanjangan, keluasan keratan, atau isi padu yang dikurangkan terhadap kepanjangan, keluasan keratan, atau isi padu asal. (2) Dalam hidrometri, nisbah keluasan keratan rentas basah normal keratan jepit terhadap keluasan keratan rentas nominal orifis atau mulut empang.
teleportrentas jarakFizikTiadaTiada
cyclo crossrentas desaSukanLumba BasikalPerlumbaan basikal yang merentasi desa dengan pelbagai halangan.
cross-sectionalkeratan rentasPerubatanTiadaTiada
cross-sectionalkeratan rentasMatematikTiadaTiada
across the fencerentas sempadanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
across the fencerentas sempadanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
123

Kembali ke atas