representation | representasi | Kesusasteraan | Tiada | Proses membina dan menyampaikan makna melalui bahasa. Bahasa tidak bersifat lut sinar dan neutral kerana bahasa membawa ideologi dan menyiratkan nilai budaya penulis. Oleh itu, bahawa diwarnai oleh faktor seperti kelas, ras, dan gender. Representasi berubah mengikut faktor ini yang mempengaruhi penulis. Pemikiran tentang sifat bahasa ini juga mempengaruhi pengkritik sastera seperti Paul de Man, J. Hillis Miller yang mengemukakan tafsiran mereka. Proses ini juga merujuk kepada seni visual dan seni persembahan drama atau teater. Dalam kedua-dua bidang seni ini, media ekspresi seperti gerakan, bunyian, dan lakaran dipengaruhi oleh faktor-faktor di atas. |
representation (statement) | representasi | Undang-undang | Tiada | Tiada |
right of representation | hak representasi | Undang-undang | Tiada | Tiada |
warranties and representations | jaminan dan representasi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Semua keterangan yang diberikan oleh pemohon untuk mendapatkan perlindungan insurans tanpa sebarang penipuan adalah dinamakan pernyataan. |
acrophony | akrofoni | Sosiolinguistik | Tiada | Representasi bergambar bagi objek seperti lambang fonetik bagi bunyi awal atau suku kata bagi nama sesuatu objek. |
local enquiry (election) | siasatan tempatan | Undang-undang | Tiada | Siasatan yang diadakan apabila diterima representasi daripada pihak-pihak tertentu yang membantah syor Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengubah mana-mana bahagian pilihan raya. |
fraud | fraud | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pernyataan palsu yang dibuat untuk mendapatkan faedah. Hal ini boleh dibuktikan melalui representasi palsu yang dilakukan berdasarkan beberapa kategori, iaitu dengan pengetahuan, tanpa kepercayaan terhadap kebenarannya, atau tanpa menyedari sama ada ia benar atau palsu. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, sesebuah negara boleh membatalkan persetujuannya terhadap sesuatu perjanjian antarabangsa jika persetujuan tersebut diberikan kerana tindakan fraud oleh negara pihak lain. |
grotesque | grotes | Kesusasteraan | Tiada | Pengherotan bentuk manusia yang pelik dan hodoh dalam seni ukir, seni bina, dan seni lukis. Istilah ini juga merujuk kepada representasi aneh perlakuan dan sifat manusia atau sifat binatang dalam karya sastera, bertujuan untuk mengejutkan, menyindir, dan mempersendakan. Contoh karya berunsur grotes terdapat pada watak �Uriah Heep� dalam karya bertajuk David Copperfield oleh Charles Dickens (1812 � 1870). Namun, unsur grotes lebih ketara dalam karya absurd moden yang ditulis oleh penulis eksistensialis. Contoh tempatan ciri-ciri grotes ini boleh ditemui pada watak peran dalam Menora dan mek Mulung. Grotes berasal daripada perkataan Latin grotte bermaksud �gua batu�. |
imagination | imaginasi | Kesusasteraan | Tiada | Kebolehan menggambarkan sesuatu dalam fikiran. Imaginasi tidak bersifat kenyataan tetapi dipenuhi khayalan dan angan-angan. Imaginasi mampu membentuk imej atau representasi dalam karya sastera. Bagi para pemikir zaman klasik, imaginasi ialah daya fikir membina yang mampu mengubah pengalaman serta melahirkan intuisi dan wawasan. Sejak 1800, imaginasi dianggap sebagai daya kreatif yang utama dalam pengkaryaan. Coleridge dalam karya berjudul Biographia Literaria (1817) berpendapat bahawa imaginasi ialah suatu daya magis dan daya sintesis yang melahirkan penciptaan baharu dan keaslian dalam penulisan kreatif. Para penyair menganggap bahawa sumbangan utama imaginasi adalah untuk merangsang keupayaan mereka menyelesaikan percanggahan dan kontradiksi. Justeru, daya imaginasi menolong pengarang mencipta naratif atau puisi yang indah dan harmonis daripada pengalaman yang berbeza dan bercanggah. Dalam penciptaan puisi, pengarang lebih mengutamakan kepentingan imaginasi berbanding dengan kepentingan kehendak sedar merek |
postcolonial criticism | kritikan pascakolonial | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang mengkaji kesan penjajahan terhadap sejarah, politik, sistem nilai dan kebudayaan masyarakat yang pernah dijajah. Kritikan ini mengkaji kesan berteraskan aliran pascakolonialisme. Selain mengkaji kesan penjajahan, kritikan pascakolonial juga menawarkan perspektif dan kaedah analisis alternatif kepada wacana perdana penjajah berdasarkan sudut pandangan yang dijajah. Wacana penjajah biasanya mengagungkan peradaban Barat dan merendahkan tamadun lain, khususnya Timur. Proses wacana penjajah ini dikenali sebagai representasi yang tidak seimbang. Kritikan pascakolonial menawarkan wacana balikan yang mendedahkan struktur kuasa yang memungkinkan dan mengabsahkan dakwaan dalam wacana kolonial tersebut seperti yang dihuraikan oleh Edward Said dalam bukunya berjudul Orientalism (1978). Seterusnya, kritikan pascakolonial mengkaji struktur kuasa pemerintah selepas era penjajahan seperti dalam esei penulis dan pengkritik Nigeria, Chinua Achebe. Lihat juga orientalisme. |