Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.sa.pan] | رسڤن

Definisi : perihal meresap (masuk ke dlm sesuatu), kejadian (sesuatu) meresap ke dlm sesuatu: kertas itu sudah berbulu-bulu dan berbelang-belang oleh ~ air; akibat pe­ngaruh dan ~ nilai-nilai keislaman inilah yg menyebabkan syair dan pantun Melayu kian bermakna dan kedudukan penyair Melayu Islam bertambah penting di Nusantara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.sa.pan] | رسڤن

Definisi : apa-apa yg telah meresap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
resap
Kata Terbitan : meresap, meresapi, meresapkan, terserap, resapan, keresapan, peresapan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
crystal growthpertumbuhan hablurFizikNanoteknologiProses pencambahan hablur yang berlaku secara semula jadi atau secara proses buatan. Pertumbuhan hablur dapat dilakukan dalam bentuk siri iaitu secara resapan atom bahan penghablur ke atas permukaan hablur, resapan atom ke atas permukaan hablur pada tapak khas atas permukaan, pemasukan atom ke atas hablur pada tapak dan resapan haba daripada proses penghabluran.
diffusionresapanKesusasteraanPuisiKesan pembacaan puisi yang meresapi emosi khalayak. Contohnya, puisi "Pemuda dan Gadis Tionghua" karya Usman Awang. Pemuda dan gadis Tionghua, di sini bumi dan dan udara kita yang menghidupkan dan bagi kematian, o tanah air dengan kepastian tidak seorang pun akan mungkir kerana kejujuran tertambat pada kesetiaan mengalir.
diffusionresapanKejuruteraanTiadaLaluan zarah menerusi bahan dengan kebarangkalian serakan lebih besar dibandingkan dengan kebarangkalian tangkapan.
diffusion coefficientpekali resapanKejuruteraanTiadaPemalar perkadaran dalam hukum Fick yang menghubungkan arus dengan kecerunan negatif ketumpatan atau fluks sinaran.
hierarchical diffusionhierarki resapanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses pemindahan kemajuan dan teknologi dari bandar- bandar besar ke bandar sederhana kemudiannya ke bandar kecil dan seterusnya ke kawasan luar bandar.
multi-group diffusion equationpersamaan resapan berbilang kumpulanSains NuklearKejuruteraan ReaktorPersamaan yang digunakan dalam analisis berangka untuk mengira taburan neutron dengan mengelaskan neutron kepada kumpulan yang berbeza berdasarkan julat tenaga neutron tersebut.
half-wave potentialkeupayaan setengah-gelombangKimiaKimia AnalisisKeupayaan pada titik polarogram yang arus I sama dengan setengah arus resapan 1d. Bagi sistem berbalik, keupayaan setengah gelombang berkaita dengan keupayaan penurunan piawai. Hubungan ini ditulis sebagai: E ½ = Eo – 0.059/n V log K/Kr – Erujukan dengan K dan Kr ialah pemalar elektrod piawai dan Eo ialah keupayaan elektrod piawai. Lih. polarografi.

Kembali ke atas