Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.sin] | ريسين

Definisi : (résin) 1. bahan lekit berwarna kuning atau coklat yg diperoleh drpd pokok tertentu, spt pain dan fir, dan digunakan utk membuat varnis, ubat dsb, damar; 2. damar yg dibuat secara sintetik, yg digunakan sbg bahan asas dlm membuat barangan plastik dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.sin] | ريسين

Definisi : /résin/ 1 bahan lekit berwarna kuning atau coklat yg diperoleh dr pokok tertentu, spt pain dan fir, dan digunakan utk membuat varnis, ubat dsb; damar. 2 damar yg dibuat secara sintetik, yg digunakan sbg bahan asas dlm pembuatan barangan plastik dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata resin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cation exchange resinresin pertukaran kationKimiaTiadaResin buatan polimer organik yang mengandungi kumpulan karboksil atau kumpulan asid sulfonik sebagai kumpulan sisi terionnya. Kumpulan sisi ini ditukarkan dengan ion logam positif semasa proses pertukaran ion. Resin ini digunakan untuk penulenan dan pemisahan bahan dan untuk analisis kromatografi.
epoxy resinresin epoksiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPolimer organik sintetik yang dihasilkan daripada pempolimeran epiklorhidrin dan bisfenol A. Resin ini dapat membentuk lapisan yang kalis haba dan bahan kimia, dan tahan carikan. Resin jenis ini digunakan dengan meluas sebagai perekat dan penyalut.
copolymerizing resinresin pengpolimeranPerubatanTiadaResin hasil pempolimeran beberapa monomer yang berlainan dari segi kimianya.
amino resinresin aminoKimiaTiadaResin sintetik yang dibuat daripada sebatian amino atau amido tidak termasuk poliamida.
acetone resinresin asetonKimiaTiadaResin sintetik yang terhasil melalui tindak balas aseton dengan sebatian lain seperti fenol atau formaldehid.
aliphatic resinresin alifatikKejuruteraanPolimerResin petroleum campuran olefin C4 hingga C6 yang diperoleh daripada pemecahan petroleum untuk digunakan sebagai agen pengikat di dalam perekat dan getah.
gum resinresin gamKimiaTiadaCampuran resin dan gam yang diperoleh daripada pelbagai tumbuhan.
allyl resinresin alilKimiaTiadaSintetik resin yang terbentuk dengan pempolimeran sebatian kimia daripada kumpulan alil.
Rhamnus bark/sacred barkkulit kayu RhamnusFarmasiTiadaKulit kayu Rhamnus pershiana yang digunakan untuk menyediakan ekstrak laksatif yang mengandungi juzuk-juzuk emodin, pershianin, kaskarin, peristaltin, resin-resin, minyak meruap dan tanin.
alkyd resinresin alkidPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanResin yang dihasilkan daripada asid tak tepu dan gliserol. Bahan ini digunakan dengan meluas sebagai penyalut pelindung, seperti cat dan varnis, dan juga sebagai bahan perekat.
12345678910...

Kembali ke atas