Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.so.lu.si] | ريسولوسي

Definisi : (résolusi) 1. keputusan rasmi yg di­capai dlm sesuatu mesyuarat, persidangan, dsb, ketetapan; sebanyak 16 ~ telah diambil dlm perjumpaan itu; 2. azam, tekad: ~ tahun baru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.so.lu.si] | ريسولوسي

Definisi : /résolusi/ 1 keputusan atau ketetapan yg dibuat dlm sesuatu mesyuarat atau persidangan. 2 ist bilangan unit paparan terkecil dlm satu inci persegi pd paparan skrin komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata resolusi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
resolutionresolusiKesusasteraanTiadaPeristiwa atau konfliks yang berjaya dileraikan. Peristiwa biasanya berlaku dalam drama dan naratif. Resolusi merupakan hasil klimaks, biasanya disusuli oleh aksi menurun. Resolusi berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud �melonggarkan atau mencairkan�. Lihat juga peleraian, puncak.
resolutionresolusiTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKeupayaan sistem ultrasonik untuk membezakan kedudukan pemantul daripada ketakselanjaran atau ketebalan bahan yang berada rapat dan dekat dengan permukaan ujian. Resolusi kebiasaannya meningkat dengan peningkatan frekuensi prob. Rajah berikut menunjukkan dua isyarat ultrasonik dengan dua resolusi berbeza. Isyarat di sebelah atas ialah isyarat yang tidak terlerai dengan baik berbanding yang bawah.
resolving powerkuasa resolusiTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKemampuan sistem ultrasonik untuk memisahkan dua isyarat kecacatan yang berdekatan antara satu sama lain. Sistem ultrasonik terdiri daripada prob dan alat pengesan kecacatan ultrasonik. Kuasa resolusi bergantung pada ciri-ciri prob dan litar peralatan ultrasonik, sama ada yang bersifat mekanik atau elektronik yang dipengaruhi oleh frekuensi, peredaman atau pelembapan pada prob. Kuasa resolusi juga berkaitan dengan kuasa penembusan. Prob dengan kuasa penembusan tinggi biasanya akan mempunyai kuasa resolusi yang rendah.
resolutionresolusiKimiaKimia Analisis1. Kebolehan spektrometer membezakan jalur-jalur penyerapan berdekatan atau memisahkan dua garis spektrum yang sangat berdekatan dengan sempurna. 2. Pemisahan suatu campuran atau sebatian tak aktif optik kepada komponen-komponennya yang aktif optik.
resolution reference blockblok rujukan resolusiTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSejenis blok logam (keluli, aluminium dan aloi) yang menunjukkan keupayaan prob untuk membeza dan memisahkan pemantul pada kedalaman yang berdekatan. Contohnya, blok V1 yang dipiawaikan oleh International Institute of Welding (IIW) dan IOW yang dipiawaikan oleh Institute of Welding. Lihat juga blok tentukuran jenis IIW.
high resolution transmission electron microscopy (HRTEM)mikroskopi elektron penghantaran resolusi tinggi (HRTEM)�NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah pengimejan yang menggunakan kedua-dua alur terpancar dan terserak untuk membina imej antara muka.
dots per inch (DPI)titik per inci (DPI)-TiadaUnit resolusi cetak yang menunjukkan bilangan bintik dakwat dicetak dalam satu inci persegi.
lines per inch (LPI)garisan per inci (LPI)-TiadaUnit resolusi cetak yang menunjukkan bilangan bintik dakwat dicetak dalam satu inci.
plotplotKesusasteraanTiadaJalan cerita atau susunan peristiwa dalam sesebuah karya mengikut hukum sebab dan akibat. Plot biasanya ditemui dalam karya sastera seperti novel, drama, dan teater. Susunan episod dalam plot tidak semestinya mengikut urutan yang bersifat kronologi. Struktur plot yang konvensional mengandungi eksposisi, koplikasi, dan resolusi. Eksposisi ialah bahagian awal yang memperkenal setiap watak. Hubungan dan kerencaman watak tersebut menimbulkan konflik, sama ada antara watak atau dalam diri watak itu sendiri. Komplikasi ialah tahap pertengahan cerita yang mengembangkan konflik dan mengakibatkan ketegangan, kejutan dan muslihat, sehingga mencapai tahap klimaks, iaitu titik tumpuan cerita. Resolusi pula merupakan bahagian akhir yang memberi peleraian sesebuah plot. Namun, tidak semua naratif memperlihatkan struktur plot yang konvensional. Plot yang tidak konvensional tidak bersifat kronologi. Oleh itu, plot itu tidak mengikut rentetan eksposisi, komplikasi dan resolusi. Contohnya, ada naratif yang plotnya langsung tidak memberikan resolusi, malah ada naratif yang tidak mempunyai plot yang jelas. Contoh novel yang memperlihatkan plot yang konvensional ialah Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Syeikh al-Hadi, dan novel Sangeetha oleh Azizi Haji Abdullah, sementara novel Daerah Zani oleh A. Samad Said memperlihatkan plot yang bukan konvensional.
Rich Communication Service (RCS)Perkhidmatan Komunikasi Aneka (RCS)KomunikasiTiadaSistem protokol komunikasi antara peranti dan syarikat telekomunikasi yang menyokong penghantaran media resolusi tinggi menggantikan khidmat pesanan ringkas (SMS).
123

Kembali ke atas