Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.to.rik] | ريتوريک

Definisi : (rétorik) 1. (Lin) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dlm pe­nulisan atau pertuturan; 2. seni meng­gunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik utk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato; 3. pertuturan atau tulisan yg menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mem­pengaruhi pemikiran pen­dengar; 4. berkaitan dgn, penuh dgn atau menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mempengaruhi pe­mikiran pendengar: kita tidak boleh terlalu ~ hingga hilang pegangan dan hanya ber­cakap tentang cabang tanpa menyedari pokok sebenarnya sudah reput; dia me­nyifatkan ucapan belanjawan itu penuh isi dan tidak ~ selain bahasa mudah yg di­gunakan; soalan ~; beretorik berpidato, berbicara dsb dgn meng­gunakan bahasa yg muluk-muluk (tetapi biasanya tidak didasari keikhlasan yg sungguh-sungguh) yg bertujuan utk menarik perhatian serta mempengaruhi pemikiran pendengar: pertubuhan tersebut tidak lagi boleh bergerak secara sambil lewa dan banyak ~; kita tidak perlu ~ dgn teori ekonomi yg muluk-muluk yg langsung tidak difahami oleh rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.to.rik] | ريتوريک

Definisi : /rétorik/ 1 seni menggunakan bahasa yg indah dan menarik utk me­mujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar; seni berpidato. 2 bahasa yg dibuat-buat atau dibesar-besarkan (yg indah dan muluk-muluk). 3 penuh dgn bahasa atau kata yg indah dan muluk utk mempengaruhi pemikiran pendengar: Beliau terlalu ~ dlm menyampaikan ceramahnya. beretorik berbicara atau berpidato dgn menggunakan bahasa yg retorik: Kita tidak perlu ~ dgn pelbagai teori hingga orang tidak memahami isu yg diperkatakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata retorik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antithesisantitesisKesusasteraanTiadaPerbandingan retorik melalui penggunaan dua klausa, ayat atau idea yang bertentangan. Contoh: "manusia merancang, Tuhan menentukan"
stylisticsstailistikaKesusasteraanTiadaKajian gaya penulisan dan ujaran yang menggunakan wacana dan konsep yang ditetapkan oleh disiplin ilmunya. Stailistika pada zaman moden merupakan perkembangan daripada kajian retorik dan pidato pada zaman sebelumnya. Minat terhadap kajian gaya penulisan ini meluas di Eropah pada awal abad ke-30, dan dipelopori di Britain dan U.S.A. pada tahun 1960-an. Stailistika berkait rapat dengan kritikan praktikal yang memusatkan kritikan kepada analisis teks. Kedua-dua kaedah ini berkongsi matlamat yang sama, iaitu meneliti ciri formal (bukan isi) bahasa yang digunakan. Apabila linguistik dimanfaatkan dalam kritikan sastera, bidang ini dikenali sebagai stailistika sastera. Sebaliknya, apabila kajian stailistika tidak berfokus pada kajian sastera tetapi pada penciptaan kaedah atau model untuk analisis bahasa, bidang itu dikenali sebagai stailistika linguistik.
decontructive criticismkritikan dekonstruktifKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera berdasarkan penggunaan bahasa untuk pembinaan makna. Kritikan dekonstruktif bukan untuk mengenal pasti makna teks yang tulen tetapi untuk menganalisis bagaimana bahasa dan retorik boleh menjana dan menetapkan kedudukan hierarki makna yang pelbagai. Cara ini tidak membenarkan kewujudan makna yang mutlak atau interpretasi yang betul, sekali gus menolak konvensi dan tradisi yang telah lama diguna pakai. Kritikan dekonstruktif memindahkan perhatian pengkritik daripada faktor luaran teks kepada aspek dalam teks (subteks). Kritikan ini menjadi fokus dan dasar kritikan pascastrukturalisme. Lihat juga kritikan pascastrukturalis.
oxymoronoksimoronKesusasteraanPuisiGaya pengucapan atau penulisan dalam penciptaan sesebuah puisi, penyairnya menggunakan teknik gabungan, sama ada diksi atau frasa yang temyata memang tidak sesuai atau serasi malah dirasakan bertentangan pula ertinya. Tujuan penggunaan oksimoron adalah untuk mencapai kesan retorik yang khusus. Contohnya, seperti di bawah. racun yang diminumnya dirasakan sebagai penawar
stylegayaKesusasteraanTiadaCara ekspresi linguistik dalam prosa atau lirik, iaitu cara penulis menulis sesuatu atau cara individu bercakap memperkatakan sesuatu. Gaya sesebuah karya boleh dikaji melalui ciri diksi atau pilihan bahasanya, iaitu struktur ayat dan sintaksis, jenis peribahasa, corak rima, komponen bunyi, ciri-ciri bahasa, tujuan dan alat retoriknya. Menurut teori tradisional retorik, klasifikasi gaya terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu gaya tinggi, pertengahan, dan rendah. Doktrin ketertiban diperlukan untuk memastikan peringkat gaya bagi sesuatu karya tersebut bersesuaian dengan kelas sosial pengucapnya, serta situasi dan martabat genre sastera. Northrop Frye, seorang pengkritik memperkenalkan perbezaan asas antara dua gaya, iaitu gaya demonik dan gaya hiratik. Gaya demonik dibentuk melalui bahasa, rima, dan asosiasi percakapan seharian, manakala gaya hiratik menggunakan beberapa elaborasi formal untuk memisahkan antara bahasa sastera dengan percakapan seharian. Bagi kedua-dua kelas ini, Frye telah mengenal pasti peringkatnya, iaitu peringkat tinggi, pertengahan, dan rendah.
grand styleadigayaKesusasteraanTiadaGaya penulisan bersifat tinggi dan hebat. Gaya penulisan ini biasanya ditemui dalam karya epik. Berdasarkan prinsip dekorum (tertib), gaya penulisan harus sesuai dengan isi, genre, perwatakan dan situasi atau babak. Justeru, gaya tinggi dan hebat ini dianggap sesuai untuk genre epik yang mengisahkan kebaktian yang bersifat kewiraan dan percintaan agung. Gaya ini dicirikan oleh teknik retorik yang menggugah perasaan atau teknik hiperbola dengan pemerian yang panjang lebar dan berlebih-lebihan. Gaya tinggi ini bertujuan untuk membangkitkan emosi dan semangat khalayak. Contoh adigaya ditemui dalam Hikayat Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai. Lihat juga hiperbola.

Kembali ke atas