Maklumat Kata
Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata rhodesia |
|
|
Istilah Bahasa Melayu
sanction | sanksi | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Hukuman yang dikenakan kerana melanggar undang-undang atau triti. Sanksi termasuklah sekatan ekonomi, sanksi ketenteraan dan pemecatan. Contohnya, Majlis Keselamatan PBB pernah mengenakan sekatan ekonomi dan sanksi ketenteraan ke atas Iraq kerana melanggar Piagam PBB dengan menakluki Kuwait pada 1990. Contoh lain ialah Rhodesia dan Afrika Selatan yang pernah dikenakan sekatan ekonomi sewaktu mereka menjalankan Pengisytiharan Kemerdekaan Satu Pihak (UDI) yang membawa kepada pemerintahan minoriti kulit putih (Rhodesia) dan dasar Aparteid (Afrika Selatan). |
de facto | de facto | Sains Politik | Politik Perbandingan | Situasi yang menggambarkan individu atau pihak yang sebenarnya berkuasa dalam sesebuah organisasi, walaupun tidak memegang jawatan berkenaan secara rasmi. Individu yang bersifat de facto ini tidak bermakna mereka tidak mempunyai keabsahan, tetapi lebih merujuk kepada autoriti dalam memberi arahan, perintah dan penentu keputusan kesatuan atau pemerintahan. Segala tindakan dan arahan de facto biasanya bersifat di belakang tabir. Contohnya, negara Rhodesia sebelum pembentukan Zimbabwe berada di bawah pemerintahan de facto Britain. Sinonim pada hakikatnya. |
legal sanction | isbat undang-undang | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Tindakan berbentuk diplomatik, ekonomi atau ketenteraan yang dilakukan melalui sistem keselamatan kolektif yang bertujuan untuk menghukum pihak yang melanggar undangundang antarabangsa. Piagam PBB memperuntukkan Majlis Keselamatan mengambil tindakan terhadap negara yang melanggar undang-undang antarabangsa dengan menggunakan ketenteraan seperti pengepungan melalui jalan darat dan air, manakala isbat undang-undang tanpa ketenteraan pula adalah dengan cara memutuskan sepenuhnya atau beberapa aspek hubungan ekonomi dan komunikasi atau memutuskan hubungan diplomatik dengan negara terbabit. Majlis Keselamatan PBB pernah melakukan embargo ekonomi terhadap Rhodesia pada tahun 1966 setelah mengisytiharkan keadaan dalaman yang melibatkan krisis iredenta isbat undang-undang perkauman negara tersebut yang mengancam keselamatan dan keamanan antarabangsa. |
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close