Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ria] | ريا

Definisi : 1. gembira, girang, riang, sukacita: ia cukup ~ menerima ijazahnya; bersuka ~ ber­se­ronok-seronok, bersuka-suka; 2. ramai atau riuh (oleh suara orang bersuka-suka, ber­seronok-seronok, dll); ~ gembira tersangat ria; ~ riuh ramai bersuka-suka; beria-ria bergembira, bersenang-senang, ber­­­seronok-seronok, bersuka-suka; meriakan menggembirakan, meng­girang­kan, menyenangkan, menyukakan: mengapa pula dia tidak dapat ~ hatinya? keriaan perihal ria (kegembiraan, ke­gi­rang­an, keseronokan, kesukaan): apa yg bagiku merupakan ~, baginya merupakan ke­pedihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ria] | ريا

Definisi : Ar ® riyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ria] | ريا

Definisi : (Geog) sj teluk kecik (serokan) yg panjang yg terbentuk akibat drpd peneng­gelaman lembah di pinggir laut yg disebabkan oleh kenaikan aras laut: ada sebuah pinggir laut yg mengandungi ~, teluk dan tanjung tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ria] | ريا

Definisi : suka hati kerana mendapat apa-apa yg dicita-citakan dll; riang; gembira: Beliau sangat ~ kerana telah lulus dlm peperiksaan itu. bersuka ~ bergembira; bersuka-suka. beria-ria bersuka-suka; bergembira; berseronok-seronok: Mereka ~ di tepi pantai. meriakan menjadikan ria; menggembirakan; menggirangkan (hati). keriaan keadaan atau rasa ria; kegembiraan; kegirangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ria
Rujuk :riang

Puisi
 

Kacang Cina dalam kota,
     Rampai-rampai di Tanjung Puri;
Hidup di dunia bersuka ria,
     Seronok-seronok sementara nak mati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tersaukkan ikan,
     suka;
tersaukkan batang,
     masam.

Bermaksud :

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
happy hourmasa riang ria/waktu riaPerniagaanTiadaTempoh selama satu jam atau lebih yang diperuntukkan untuk pemberian percuma, tiket atau faedah lain kepada pelanggan atau pengunjung.
reactivity insertion accident (RIA)kemalangan sisipan kereaktifanSains NuklearKejuruteraan ReaktorKemalangan yang disebabkan oleh perubahan kereaktifan reaktor nuklear secara mendadak yang tidak terkawal.
minstrelpendendangKesusasteraanPuisiOrang yang mendendangkan atau menyanyikan lagu-lagu puisi dengan tujuan untuk bersuka ria atau menghiburkan hati. Contohnya, penyair A. Ghafar Ibrahim.
gaming entertainmenthiburan permainanPelanconganTiadaKemudahan berbentuk hiburan yang disediakan untuk pengunjung, seperti taman hiburan dan pesta ria.

Kembali ke atas