Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[riang.riang] | رياڠ- رياڠ

Definisi : ; biawak ~ sj biawak yg besar, Varanus salvator. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[riang.riang] | رياڠ- رياڠ

Definisi : sj serangga yg sayapnya lut sinar (yg jantannya berbunyi bising dan nyaring pd waktu senja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[riang.riang] | رياڠ- رياڠ

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras), Ploiarum alternifolium Melch; 2. sj tumbuhan (pokok renek), iang-iang, kayu kuat, keriang, Archytae vahlii; ~ gelugur sj tumbuhan (pokok renek), pakan paya, Fagraea racemosa; rumput ~ sj tum­buhan (rumpai), Themeda gigantea Hack. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[riang.riang] | رياڠ- رياڠ

Definisi : nama sj binatang spt biawak yg besar, Varanus salvator. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata riang-riang

Puisi
 

Riang-riang di Gunung Ledang,
     Hendaklah makan si umbut padi;
Sialah-sia mata memandang,
     Belum dapat main tak jadi.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tua-tua tupai tak tidur atas tanah.

Bermaksud :

Orang tua yang senantiasa riang gembira hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reriangreriangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi pokok dan kayu Ploiarium alternifolium daripada famili Theaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah kayu kuat, kuat-kuat dan riang-riang, dan di Sabah ialah suama. Gubal kayu dan teras kayu reriang sukar dibezakan, iaitu berwarna merah jingga dan menjadi merah tua apabila apabila terdedah. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata dengan iranya yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 945 hingga 975 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan sangat berat.
blithe spiritsemangat riangKesenianDrama dan TeaterKeadaan suasana dalam adegan yang kelihatan riang dan menyeronokkan dalam persembahan drama. Adegan begini biasanya akan lebih dirasai oleh penonton.
joyfulriangPendidikanTiadaTiada
happy hourmasa riang ria/waktu riaPerniagaanTiadaTempoh selama satu jam atau lebih yang diperuntukkan untuk pemberian percuma, tiket atau faedah lain kepada pelanggan atau pengunjung.
mazurkamazurkaKesenianTiadaLagu riang ala tarian rakyat Poland dalam tempo tigaan.
mazur (F)mazurKesenianTiadaLagu riang ala tarian rakyat Poland dalam tempo tigaan. Sinonim dengan istilah mazurka.
frohlichfrohlichMuzikTiada

 Gaya yang riang serta perasaan yang gembira.

muntermunterMuzikTiada

Gaya persembahan yang riang dan bertenaga.

scherzandoscherzandoKesenianTiadaEkspresi dalam pergerakan muzik seperti secara riang dan berjenaka.
giojosogiojosoMuzikTiada

 Gaya yang gembira dan riang. Giojoso biasanya dimainkan dalam tempo muzik yang pantas.

12

Kembali ke atas