Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ribaan pangkuan: anak yg kecil itu duduk di atas ~ ibunya; beriba duduk di atas riba (pangkuan); meriba memangku: isterinya ~ anaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = ribaan bahagian paha yg menghala ke atas ketika duduk (bersila dll): spt bulan jatuh ke ~. beriba duduk di atas riba. meriba meletakkan di atas riba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
riba (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan faedah, bunga, renten.,

Puisi
 

Sungguh harum melati di taman,
     Ditiup angin jatuh ke riba;
Biar hilang nyawa dan badan,
     Namun cinta tetap tak lupa.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Anak dipangku dilepaskan,
     beruk di hutan disusukan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lapbookbuku ribaPendidikanTiadaFolder yang mengandungi koleksi interaktif tugasan pembelajaran yang telah diselesaikan berkaitan dengan subjek tertentu. Buku riba bersaiz besar dan mudah untuk dipangku.
virtual health advisorypenasihat kesihatan mayaKesihatan AwamTiadaPerkhidmatan berbentuk nasihat kesihatan (bukan diagnosis atau rawatan pesakit) yang ditawarkan oleh pakar kesihatan keluarga atau pegawai perubatan melalui portal dengan menggunakan telefon bimbit, tablet, komputer riba dan komputer peribadi.
savings accountakaun simpananEkonomiTiadaAkaun bank yang mencatatkan kedudukan kewangan bagi simpanan pelanggan yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa, sama ada di bank asal atau di bank cawangan. Simpanan dalam akuan ini akan diberi pulangan yang dikenali juga sebagai faedah, bunga, atau riba, pada kadar dan dalam tempoh tertentu. Sinonim akaun tabungan.
hot productsbarang tumpuanKriminologiKeadilan JenayahBarangan yang menjadi sasaran pencuri. Antara ciri-ciri barangan tumpuan ialah barangan yang bernilai, barangan mudah alih, mudah ditanggalkan, mudah disembunyikan dan barangan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Contohnya, kenderaan, barang kemas dan peranti elektronik seperti telefon pintar, komputer riba dan kamera.
concretekonkritKesusasteraanPuisiPerihal puisi yang mempunyai bentuk yang jelas. Contohnya, pantun yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu rima akhir a b a b, setiap baris terdiri dari empat perkataan dan setiap perenggan mempunyai empat baris seperti pantun di bawah. Sinonim maujud. Ukir kandil benang seribu, Dara memintal bunga kiambang; Semasa kecil ditimang ibu, Bila besar ditimang gelombang. Pantai Rengit Teluk berlembah, Tarik sampan turun menuba; Walau langit dirasakan rendah, Tiadalah bulan jatuh ke riba.

Kembali ke atas